• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi mula guna kabel fiber yang kebal gigitan tikus dan monyet

  • OLEH Najib
  • 12:33 pm
  • 01/06/2023
  • Komen
Unifi mula guna kabel fiber yang kebal gigitan tikus dan monyet
Share on FacebookShare on Twitter

Jika tidak rumah sendiri, pasti anda pernah dengar masalah kabel putus digigit tikus di rumah saudara atau rakan yang lain. Selalunya ia berkaitan kabel telefon dan ia mengakibatkan talian internet boleh terganggu beberapa hari jika berlaku.

Unifi baru-baru ini memuat naik status yang mengucapkan, selamat tinggal gangguan akibat tikus. Ia dilampirkan bersama gambar seekor tikus yang menggigit kabel sehingga nampak terasnya.



No more rodents like rats and mice or even monkeys 🐭🐒 chewing on our cables, just smooth and speedy connection. 🚀#UnifiTips

— Yunni (@unifi) May 31, 2023

Menurut Unifi, mereka telah menaik taraf kepada kabel fiber anti tikus (anti-rodent drop fibre, ARDF). Ia adalah sejenis kabel yang boleh memberi perlindungan yang sangat diperlukan. Unifi menambah, ia juga boleh mengatasi masalah digigit monyet.

Tiada penerangan teknikal diberikan oleh Unifi. Tetapi carian lanjut mengenainya menemukan, ada pembekal yang menjual kabel anti-tikus iaitu Opcom Cables.



Kabel ARDF dengan lapisan pita keluli beralun (sumber)

Kabel ini menggunakan lapisan pita keluli beralun — diapit di antara dua jaket polietilena (PET)—untuk melindungi teras kabel berlubang. Tahun lepas, The Edge melaporkan bahawa Opcom Cables berjaya mengikat kontrak bernilai RM26.51 juta untuk membekalkan kabel kepada TM, sehingga akhir tahun 2023.

Dalam satu balasan di Facebook, Unifi menyatakan bahawa mereka sedang menaik taraf menggunakan kabel baru ini di kawasan yang sering dilanda masalah tikus. Ia akan diganti secara berperingkat mengikut kawasan.

Unifi telah sekian lama berhadapan gangguan perkhidmatan sebelum ini, termasuk satu kes minggu lepas. Jika heboh, ia biasanya melibatkan gangguan meluas disebabkan oleh perkara lain seperti keputusan bekalan kuasa, kebakaran, kabel terpotong akibat kerja pembangunan serta vandalisma. Masalah digigit tikus pula, ia sering terjadi di dalam rumah.

[Sumber: Unifi]

Bacaan Berkaitan

  • Servis Unifi hadapi isu untuk mengakses sebilangan laman web
  • Nod Unifi di Negeri Sembilan terbakar, mungkin menjejaskan pengguna di Pantai Timur
  • Unifi TV tergendala di seluruh negara akibat kebakaran di Cyberjaya
  • Kabel TM terputus di Perak, jejas pengguna Unifi, Streamyx dan Unifi Mobile
  • Vandalisme punca perkhidmatan unifi terjejas di sekitar Kajang
Tags: GangguanGangguan UnifiUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Unifi mula guna kabel fiber yang kebal gigitan tikus dan monyet

Unifi mula guna kabel fiber yang kebal gigitan tikus dan monyet

1 June 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN