• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 17 diumum, boleh kongsi maklumat peribadi guna AirDrop, StandBy sentiasa papar maklumat dan Live Voicemail ubah suara ke teks

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:46 pm
  • 06/06/2023
  • Komen
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dalam acara WWDC 2023 telah mengumumkan pelancaran iOS 17 dan dijangka akan tiba hujung tahun ini. iOS 17 membawakan naik taraf pada pengalaman pengguna seperti di FaceTime, iMessage, panggilan serta ditambah beberapa ciri baru yang menarik.

Antara ciri baru yang diumumkan adalah Poster Kenalan, dimana pengguna boleh memilih bagaimana mereka terlihat apabila panggilan masuk. Lebih menarik, jika panggilan tidak diangkat, terdapat ciri Live Voicemail membolehkan voicemail diubah kepada teks, dan ada pilihan untuk menjawab panggilan.



Selain itu, kemas kini iOS 17 juga menyokong mesej audio dan video untuk FaceTime jika panggilan FaceTime tidak diangkat. Untuk AirDrop, ia dilengkapkan dengan ciri baru yang dinamakan NameDrop yang dimana membenarkan pengguna untuk berkongsi maklumat peribadi dengan hanya mendekatkan kedua iPhone.

Lebih menarik, terdapat ciri StandBy seperti always on display yang terdapat di iPhone 14 Pro. StandBy boleh memaparkan maklumat seperti jam, gambar, widget dan banyak lagi apabila iPhone tengah dicas.



Dalam pada itu, iMessage kini lebih mudah untuk menghasilkan sticker dari gambar dengan ciri Live Stickers. Sticker yang dihasilkan boleh ditambah kesan khas dan diletakkan dalam ruang baru di papan kekunci untuk mudahkan pengguna mengakses semua sticker. IMessage juga diperkenalkan ciri keselamatan Check In, dimana ia akan memberitahu kelurga atau kawan jika anda telah selamat sampai ke destinasi. Jika tidak, maklumat seperti lokasi, tahap bateri dan perkhidmatan rangkaian akan dikongsi.

Buat masa sekarang, iOS 17 hanya tersedia untuk pembangun perisisan. Versi Beta akan tersedia untuk dicuba dan dimuat turun orang ramai pada bulan depan. Bagi pelancaran rasminya, dijangka akan dilancar di sekitar September atau Oktober tahun ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan iOS 17, anda boleh layarinya di laman Apple di sini.

Bacaan berkaitan

  • Vision Pro: Ini piawaian gogel AR seperti visi Apple, jangan tengok harganya
  • MacBook Air 15: Paparan lebih besar dengan manfaat Apple M2 pada harga bermula RM6,199
  • iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini
Tags: appleiOSios 17
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

iOS 17 diumum, boleh kongsi maklumat peribadi guna AirDrop, StandBy sentiasa papar maklumat dan Live Voicemail ubah suara ke teks

6 June 2023
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN