• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TikTok buka ciri baru jana wang kepada lebih ramai pengguna, boleh muat naik video 10x lebih panjang

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:47 pm
  • 07/06/2023
  • Komen
Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi TikTok sememangnya salah satu platform yang benarkan pengguna untuk menjana wang melalui pelbagai cara. Paling terbaru sekali adalah dengan ciri Series, di mana pengguna boleh menyiarkan kandungan premium dengan mengenakan bayaran untuk mendapat akses.

Series telah dilancarkan pada awal Mac lalu dan tersedia untuk pengguna terpilih sahaja. Tapi dilaporkan bahawa TikTok telah mengembangkan ciri Series kepada lebih ramai pengguna bermula hari ini. Sejauh mana ciri ini dikembangkan untuk pengguna walau bagaimanapun tidak dinyatakan.



Namun begitu, ciri ini boleh digunakan untuk mereka yang mempunyai 10,000 pengikut dan telah memenuhi syarat akaun dan tontonan yang lain. Akaun dengan 1,000 pengikut juga dikatakan boleh memohon untuk program ini jika mereka ada kandungan yang dijual di platform lain, tapi permohonan tidak dijamin lulus.

Kandungan bagi satu Series boleh dimuatkan sehingga 80 video, dan satu video dibenarkan berdurasi sehingga 20 minit. Pencipta kandungan mempunyai pilihan untuk menetapkan berapa harga kandungan mereka, dan akses kandungan premium boleh dibeli pengguna lain melalui pautan dalam video atau menerusi profil akaun pencipta.



Dengan kedatangan ciri Series kepada lebih ramai pengguna, ia sudah tentu akan memanfaatkan mereka yang selalu memuat naik video di TikTok kerana harga boleh ditentukan oleh pencipta sendiri. Berbeza seperti TikTok Creator Fund asal, yang memberikan USD0.02 hingga USD0.04 untuk setiap 1,000 tontonan, lebih sedikit dari apa yang ditawarkan di platform lain seperti YouTube Shorts.

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

  • Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi
  • Boleh tengok TikTok di skrin yang lagi besar dengan TikTok TV, kini ada di Malaysia
  • United Kingdom & New Zealand, ikut jejak AS haramkan TikTok di peranti pegawai kerajaan
Tags: TikTokTikTok Series
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi

TikTok buka ciri baru jana wang kepada lebih ramai pengguna, boleh muat naik video 10x lebih panjang

7 June 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN