• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord 3 dan satu fon telinga baru akan dilancar minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 10:03 am
  • 27/06/2023
  • Komen
OnePlus Nord 3 dan satu fon telinga baru akan dilancar minggu hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus Malaysia telah mengutuskan di media sosial rasmi, tentang acara pelancaran mereka tidak lama lagi. Terdapat dua peranti baru akan diperkenal di majlis pelancaran tersebut iaitu telefon pintar dan fon telinga. Kedua-duanya membawa nama ‘Nord’, menandakan ia bukannya peranti flagship dan berharga lebih mampu milik.

Majlis pelancaran ini adalah acara antarabangsa dan akan berlangsung pada hari Rabu, 5 Julai 2023 pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Peminat boleh turut sama menonton siaran langsung pelancaran ini di saluran rasmi OnePlus, termasuk di YouTube, Facebook dan laman rasmi OnePlus.



Laman rasmi pelancaran OnePlus Malaysia menunjukkan, dua peranti yang akan dilancar kelak adalah telefon pintar OnePlus Nord 3 5G dan fon telinga TWS OnePlus Nord Buds 2r. OnePlus juga ada berkongsi beberapa perkara untuk menunjukkan kehebatan yang bakal ada di peranti baru ini.

Paling utama, OnePlus Nord 3 akan memiliki butang luncur fizikal, butang yang digunakan untuk menjadikan telefon senyap atau bergetar sahaja. Ia adalah ciri ikonik di peranti flagship OnePlus, juga serupa dengan iPhone.



Selain itu, Nord 3 memiliki skrin rata di hadapan dengan lubang kecil di atas, dijangka menggunakan panel AMOLED. Pilihan warna pula hanya menunjukkan warna hijau, berbeza dengan apa yang dikongsi Presiden OnePlus, Kinder Liu tentang dua warna untuk Nord 3 iaitu hijau dan hitam.

Here's your first look at OnePlus Nord 3 5G! OnePlus Nord is all about giving our users pretty much everything they could ask for, and this starts with a great OnePlus design.

Our Summer Launch Event is on 5 July and I look forward to sharing more soon. #OnePlusNord35G pic.twitter.com/p6UuoAutKH

— Kinder Liu (@KinderLiu) June 26, 2023

Memandangkan gambar penuh OnePlus Nord 3 telah dikongsi secara rasmi. Antaranya terdapat tiga kamera belakang di dalam dua modul bulatan. Terdapat juga dua LED Flash dipasang di belakang.

Satu lagi perkara menarik kelihatan adalah pemancar inframerah atau IR blaster. Ini satu fungsi yang selalunya ada di telefon pintar Xiaomi, jarang kelihatan di peranti pengeluar lain.

OnePlus Nord pertama kali dilancar pada Ogos 2020, dengan harga RM1,799. Bagaimanapun, versi kedua OnePlus Nord 2 yang dilancar tahun 2021 tidak sampai ke Malaysia dan dikatakan banyak bermasalah. Tahun 2022, OnePlus Nord 2T menjadi pengganti dan dilancar pada harga RM1,899.

Bagi OnePlus Nord 3, ia mungkin dikenakan harga sekitar RM2,000 memandangkan OnePlus 2T dahulu sudah mencecah RM1,899. Selain harga, apa yang dinantikan adalah promosi jualan awal, adakah akan disertakan fon telinga OnePlus Nord Buds 2r yang baru? Nantikan laporan kami di hari pelancarannya pada 5 Julai nanti.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus Nord 5G dilancar di bawah RM 2,000 di Malaysia
  • OnePlus Nord 2 dilaporkan terbakar dan ini bukan kali pertama
  • OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: OnePlusOnePlus Nord 3OnePlus Nord Buds 2r
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
OnePlus Nord 3 dan satu fon telinga baru akan dilancar minggu hadapan

OnePlus Nord 3 dan satu fon telinga baru akan dilancar minggu hadapan

27 June 2023
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN