• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung perkenal Smart Monitor M8 serba baharu, harga serendah RM2,888

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:27 pm
  • 28/06/2023
  • Komen
Samsung perkenal Smart Monitor M8 serba baharu, harga serendah RM2,888
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu ini saja ada beberapa berita kami laporkan tentang monitor baharu Samsung. Kali ini juga Samsung umumkan monitor baharu dalam siri M mereka. Samsung telah melancarkan kemas kini Samsung Smart Monitor M7 dan juga memperkenalkan model baharu Samsung Smart Monitor M8.

Samsung Smart Monitor M8 dan M7 masing-masing dijual pada harga RM3,588 dan RM2,788 untuk saiz 32”. Promosi pembelian awal sedang berlangsung sehingga 9 Julai 2023 ini apabila anda akan terima rebat RM700 untuk pembelian monitor-monitor ini.



Makanya, harga promo untuk M8 dan M7 masing-masing akan jadi RM2,888 dan RM2,238.

Spesifikasi Samsung Smart Monitor M7 & M8

Samsung Smart Monitor M7 dan M8 memiliki spesifikasi yang sangat mirip. Mereka cuma berbeza daripada segi kaki penyangga monitor. Kalau anda gantungkan monitor ini, sukar untuk bezakan yang mana satukah mereka.



Bermula dengan panel paparan, mereka ada panel 32” beresolusi 4K UHD (3,840 x 2,160). Bezanya, M8 ada panel lebih cerah pada 300 nits berbanding M7 pada 240 nits. Makanya, M8 menyokong piawaian HDR10+ manakala M7 tidak.

Selepas panel paparan, lain-lain spesfikasi adalah sama antara kedua-duanya. Mereka diperkasa sistem operasi TizenOS seperti semua model monitor pintar mereka yang lain. Anda boleh pasang semua aplikasi menerusi gedung Samsung Store yang ada. Kemudian, mereka menyokong Bixby untuk menerima arahan suara.

Port I/O yang ditawarkan kepada anda adalah port USB-C yang boleh salurkan kuasa 60W untuk anda mengecas peranti lain. Anda juga dapati 1 HDMI bersama-sama 2 USB-A.

Satu pembaharuan yang tiada pada M7 dulu dan dibawakan pada iterasi kali ini adalah aksesori Slimfit Camera. Menggunakannya, and aboleh lakukan sidang video terus daripada monitor tanpa perlukan komputer tambahan.

Layari laman rasmi produk (Smart Monitor M8, Smart Monitor M7) untuk maklumat lanjut.

Tags: monitorsamsungsamsung monitorsamsung smart monitor m7samsung smart monitor m8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung perkenal Smart Monitor M8 serba baharu, harga serendah RM2,888

Samsung perkenal Smart Monitor M8 serba baharu, harga serendah RM2,888

28 June 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN