Nak cari telefon murah ke tu? Kalau ya, kami nak cadangkan kalau paling murah pun letak bajet RM600. Dengan RM600, anda boleh dapatkan telefon yang menyediakan fungsi asas dengan baik. Macam skrin bagus dan kamera ok.
Lagi senang, anda tak perlu susah payah nak mencari sebab saya dah bantu anda senaraikan telefon apa yang bagus dan boleh beli pada harga rm600. Memang tepatlah pilihan anda datang ke sini.
Anda boleh tonton senarai 5 telefon terbaik bawah RM600 dalam video di bawah. Kami juga ada sediakan senarai di bawah RM1,200 di sini, dan bawah RM2,000 di sini.
1. Infinix Hot 30 (8GB+128GB)
Tawaran terbaru Infinix ni sangat menarik. Hot 30 guna cip Mediatek Helio G88, RAM LPDDR4X 8GB tapi storan eMMC 128GB. Skrin besar 6.78-inci 90Hz dan resolusi HD Penuh, satu-satunya dalam kategori ini.
Tambah menarik, baterinya 5000mAh dan sokong pengecas 33W USB-C. Kamera utama pun 50MP dan ia ada NFC! Boleh guna Google Pay nak bayar tau.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. Samsung Galaxy A04s (4+128 RM599)
Telefon Samsung ni serba-serbi biasa, tak power sangat tak rendah sangat. Anda boleh dapat bawah RM600 dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Skrinnya LCD 6.5-inci HD 90Hz. Bateri 5,000mAh dan kuasa mengecas 15W USB-C. Kamera utama pun 50MP.
Kalau tak nak pening, beli je Galaxy A04s ni. Bagi saya ia ada antaramuka paling senang guna, sesuai untuk orang tua atau kanak-kanak. Samsung pun banyak pusat khidmat pelanggan di Malaysia, senang kalau ada apa masalah nak baiki. Siap ada jaminan kemaskini keselamatan setiap suku tahun. Yakin sikit nak pakai lama.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Realme C53 (6+128 RM599)
Nama Realme pun popular untuk telefon murah, model terbaru adalah Realme C53. Yang bestnya, ia ada “Dynamic Island” macam iPhone 14 Pro tapi guna takuk. Tapi ia dinamakan “Mini Capsule”, animasi jelah sebenarnya.
Telefon ni guna cip Unisoc Tiger T612 dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Kamera utama 50MP, bateri pula 5000mAh. Bagusnya, ia sokong pengecas pantas SuperVOOC 33W USB-C.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Redmi 12C (6+128 RM599)
Prestasi Redmi 12C dikira tinggi juga, guna cip Mediatek Helio G85, ram LPDDR4X 6GB tapi storan eMMC 128GB. Skrin HD dan agak besar 6.71-inci. Kamera utama pun 50MP. Boringnya, bateri dia besar 5,000mah tapi cas guna mikroUSB 10W.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Poco C40 (3+32 RM499, 4+64 RM599)
Baik beli Poco? Itulah satu lagi pilihan bawah rm600. Poco C40 ni boleh kata prestasi terendah dalam kategori ni, dengan kelebihan pada bateri iaitu 6,000mAh. Ia sokong pengecasan pantas 18W USB-C, tetapi pengecas yang datang dalam kotak 10W. Nak cas 18W kena beli pengecas lain.
Poco C40 dikuasakan cip JLQ JR510, dikatakan setaraf Snapdragon 450 atau Helio G35. Ia ada skrin HD 6.71-inci dan kamera utama 13MP. Pengimbas capjari ada di belakang.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.