• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Band 8 perkenal tali jam lebih bergaya dengan diskaun RM60 untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:17 pm
  • 30/06/2023
  • Komen
Huawei Band 8 perkenal tali jam lebih bergaya dengan diskaun RM60 untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung bulan Mei lalu, Huawei telah melancarkan model Band terbaru mereka, Huawei Band 8. Ia didatangkan dalam tiga pilihan warna tali jam iaitu Hitam Midnight, Merah Jambu Sakura, dan Hijau Emerald. Kini, Huawei memperkenalkan Huawei Band 8 dengan tali nilon oren yang baru eksklusif hanya di stor rasmi Huawei di Shopee.

Harga dan promosi Huawei Band 8 tali nilon oren

Huawei Band 8 tali nilon oren dilancarkan pada harga RM229, lebih mahal RM10 berbanding pilihan tali jam getah pada RM219. Sungguhpun itu, Huawei adakan promosi menarik untuk anda dapatkannya pada harga jauh lebih rendah. Hanya pada 30 jun, Band 8 dengan tali nilon baru boleh didapati dengan harga RM179 sahaja. Tak cukup dengan itu, Huawei juga menawarkan baucar RM10 di stor rasmi Shopee pada hari pertama jualan, menjadikan harganya cuma RM169.



Tapi, dilihat tali jam nilon oren ini tersedia untuk dibeli bersama Band 8 sahaja dan tidak boleh didapatkan secara berasingan. Jadi kalau pemilik Huawei Band 8 sedia ada inginkan tali jam ini, mungkin perlu tunggu Huawei mula menjualnya secara berasingan.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan Huawei Band 8 denga tali nilon oren baru di stor rasmi Huawei di Shopee di sini.



Spesifikasi Huawei Band 8

Dari segi spesifikasi, Huawei Band 8 menggunakan skrin sentuh AMOLED segi empat tepat berukuran 1.47-inci beresolusi tinggi 268×194. Terdapat fungsi skrin sentiasa hidup (AOD).

Jam ini dilengkapi dengan sensor seperti Huawei TruSeen 5.0 bagi memantau degupan jantung pengguna. Terdapat sensor Trusleep 4.0 yang boleh memantau waktu tidur, sensor SpO2 bagi mengukur kandungan oksigen dalam darah dan boleh mengukur tahap tekanan mental dan kitaran fisiologi wanita.

Berkenaan bateri, Huawei Band 8 boleh hidup sehingga 14 hari dengan sekali cas, atau 9 hari dalam mod pintar biasa. Terdapat pengecasan pantas yang boleh beri masa hidup sehingga 2 hari dengan mengecas 5 minit. Cas penuh pula mengambil masa hanya 45 minit.

Untuk aktiviti kecergasan, Huawei Band 8 dimuatkan 100 mod kecergasan termasuk berlari, berbasikal, berenang dan melompat. Terdapat kalis air 5 ATM yang mampu masuk ke dalam air sedalam 50 meter selama 10 minit.

Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana prestasi Huawei Band 8 ini, boleh tengok reviu kami di YouTube.

Tags: HuaweiHuawei Band 8
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei Band 8 perkenal tali jam lebih bergaya dengan diskaun RM60 untuk masa terhad

Huawei Band 8 perkenal tali jam lebih bergaya dengan diskaun RM60 untuk masa terhad

30 June 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN