• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PRN 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos, semak tempat anda mengundi di sini

  • OLEH Najib
  • 1:16 pm
  • 05/07/2023
  • Komen
Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah mengumumkan tarikh-tarikh penting melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk 6 negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Kesemua enam negeri ini telah menamatkan tempoh 5 tahun selepas PRN terakhir diadakan pada tahun 2018.

Tarikh paling penting untuk diketahui semua adalah tarikh mengundi yang jatuh pada hari Sabtu, 12 Ogos 2023. Manakala tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 29 Julai 2023. Selepas penamaan calon selesai, calon-calon yang telah disahkan penamaan mereka akan mula berkempen.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh-tarikh penting tersebut dalam sidang media yang berlangsung pada Rabu.

Tarikh-tarikh penting PRU DUN KE-15:

Penamaan calon : 29 Julai 2023 Sabtu

Mengundi awal : 8 Ogos 2023 Selasa

Hari mengundi :… pic.twitter.com/nPD8CXx4KC

— Astro AWANI (@501Awani) July 5, 2023

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, seramai lebih 9.7 juta pengundi layak untuk menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di tempat mereka, di enam negeri berkenaan.

Jumlah kerusi yang akan dipertandingkan di enam negeri ini adalah seperti berikut:



  1. DUN Kedah – 36 kerusi
  2. DUN Kelantan – 45 kerusi
  3. DUN Terengganu – 32 kerusi
  4. DUN Pulau Pinang – 40 kerusi
  5. DUN Selangor – 56 kerusi
  6. DUN Negeri Sembilan – 36 kerusi

Cara semak tempat mengundi

Jika anda tinggal di salah satu daripada 6 negeri tadi, anda sepatutnya layak untuk mengundi dalam PRN kali ini. Malah, semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, layak mengundi tanpa perlu mendaftar. Ini kerana pendaftaran automatik telah diwartakan dan dilaksanakan sejak 15 Disember 2021.

Pendaftaran automatik ini akan merujuk kepada alamat terbaru pengundi di dalam sistem Jabatan pendaftaran Negara (JPN) untuk menentukan kawasan mengundi mereka.

Anda boleh menyemak maklumat mengundi anda tanpa perlu ke pejabat SPR. Dengan ini, anda boleh tahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk mengundi kelak. Terdapat 3 cara iaitu:

  1. Portal Semakan SPR (https://mysprsemak.spr.gov.my)
  2. Aplikasi mudah alih mySPR Semak: Apple Appstore, Google Playstore, Huawei AppGallery
  3. Talian Hotline: 03 8892 7018
Contoh semakan di laman web SPR
Contoh semakan di aplikasi MySPR Semak

Hanya masukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui di manakah Daerah Mengundi, DUN, Parlimen, dan Negeri berkaitan tempat mengundi anda. Jika nama anda tiada di dalam daftar, atau anda mahu membetulkan kesilapan maklumat, atau menukar alamat mengundi, anda boleh merujuk menerusi panduan kami di sini.

[Sumber: Awani]

Bacaan Berkaitan

  • Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi
  • Pendaftaran undi automatik bermula sekarang, semak daftar mengundi anda di sini
  • PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan
  • PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi, ini caranya
Tags: PRN 2023SPR
Najib

Najib

POPULAR

Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi

PRN 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos, semak tempat anda mengundi di sini

5 July 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN