• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 10 Pro+: Prestasi flagship dengan kamera potret periskop

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1

Oppo Reno 10 Pro+

Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia telah mengumumkan ketibaan siri Reno terbaru mereka ke pasaran tempatan. Sebanyak tiga model diperkenal dalam keluara Reno 10 kali ini iaitu Reno 10, Reno 10 Pro dan Reno 10 Pro+.

Seperti namanya, Reno 10 adalah model terendah, diikuti Reno 10 Pro dan model terbaik adalah Reno 10 Pro+. Jika anda memikirkan Oppo menggunakan cara yang serupa seperti Xiaomi dalam siri Redmi Note, maka anda silap besar.



Pelancaran siri Reno 10 bersama Lee Zii Jia, duta Oppo

Ini kerana jurang perbezaan prestasi dan harga antara Reno 10 dan Reno 10 Pro+ sangat besar. Sehinggakan Reno 10 Pro+ boleh digelar sebagai peranti kelas flagship, bukan lagi kelas pertengahan.

Harga dan Promosi Tempahan Awal

Hanya ada satu varian Reno 10 Pro+ dijual di Malaysia, dengan harga rasmi berikut:



  • Oppo Reno 10 Pro+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,499

Tempahan awal dibuka sejak pelancaran sehingga 14 Julai 2023, menyediakan hadiah percuma bernilai RM896 iaitu fon telinga Oppo Enco Air 3, jaminan lanjutan tahun kedua, pelan perlindungan skrin dan akses ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang.

Tempahan awal Reno 10 Pro+ boleh dibuat di semua pengedar sah Oppo di Malaysia, serta atas talian di E-Store Oppo Malaysia, Lazada dan Shopee.

Dengan harga melebihi RM3,000, sememangnya Reno 10 Pro+ adalah peranti kelas flagship. Mungkin ini menjadi sebab Find X6 Pro tidak dilancar di Malaysia supaya kedudukan Reno 10 Pro+ boleh diangkat sebagai peranti flagship.

Spesifikasi Oppo Reno 10 Pro+

Untuk mencapai prestasi tinggi, Oppo menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 ke dalam Reno 10 Pro+. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB dan storan dalaman UFS3.1 seluas 256GB.

Skrinnya sebesar 6.74-inci jenis AMOLED melengkung 3D, dengan resolusi dipanggil 1.5K (2772×1240) bersama kadar penyegaran 120Hz. Skrin ini memiliki kecerahan mencecah 1,400nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera utama 32MP F2.4 untuk berswafoto.

Perkara flagship seterusnya pada Reno 10 Pro+ adalah kameranya. Ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 dengan sensor Sony IMX890 berkuasa tinggi. Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 64MP F2.5 dengan keupayaan zum optikal 3x, sesuatu yang sangat sukar ditemui di telefon pintar flagship permulaan. Ketiga adalah kamera ultralebar 8MP F2.2.

Oppo hanya memuatkan bateri 4,700mAh di dalam Reno 10 Pro+ tetapi ia menyokong pengecasan sangat pantas, SuperVOOC 100W menerusi USB-C. Ia mampu mengecas dari 0-100% dalam masa 27 minit sahaja.

Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di bawah dan atas telefon. Sistem operasi pula menggunakan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Tetapi tidak pula dimaklumkan berapa panjang kemaskini OS akan diberikan.

Terdapat dua warna pilihan disediakan bagi Reno 10 Pro+ iaitu ungu dan kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Reno 10 Pro+.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Find X6 Pro tampil dengan 3 kejayaan terbesar bagi kamera di telefon pintar
  • Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1
  • Oppo A78 5G: RM999 anda dapat 5G dan RAM 8GB, tapi SoC diturun taraf
Tags: oppoOppo Reno 10Oppo Reno 10 ProOppo Reno 10 Pro Plus
Najib

Najib

POPULAR

Tiga model siri Oppo Reno 10 akan datang ke Malaysia, salah satunya guna Snapdragon 8+ Gen 1

Oppo Reno 10 Pro+: Prestasi flagship dengan kamera potret periskop

7 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER