• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Data pengguna TM diceroboh, pelanggan Unifi diminta berjaga-jaga

  • OLEH Najib
  • 3:24 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
TM naikkan kuota Unifi Broadband Lite 1Mbps dari 1GB kepada 50GB
Share on FacebookShare on Twitter

Data pelanggan Telekom Malaysia (TM) mungkin telah diceroboh apabila ada pengguna menerima mesej pesanan ringkas (SMS) menyatakan perkara tersebut. Awal tahun ini, data pengguna Unifi Mobile telah terdedah melibatkan lebih 250 ribu pelanggan.

Dalam mesej tersebut, TM memaklumkan bahawa terdapatnya pelanggaran data melibatkan beberapa maklumat sebahagian pelanggan Unifi telah berlaku. TM telah mengambil tindakan dengan mengasingkan risiko tersebut dan keselamatan tambahan telah ditempatkan bagi melindungi pelanggan. Pihak berkuasa juga telah dimaklumkan tentang perkara ini untuk tindakan lanjut. TM turut meminta maaf atas kesulitan ini dan terus komited untuk berkhidmat untuk pelanggan.



Sejurus itu, kami telah menghubungi TM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Wakil TM mengesahkan berlakunya pelanggaran data pengguna dan mereka telah menghubungi pelanggan yang terkesan menerusi emel dan SMS. Pihak berkuasa juga telah dimaklumkan dan pelanggaran data tersebut telah dikawal.

Sementara itu, pengguna Unifi lain yang turut menerima SMS di atas dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutama sekali jika dihubungi oleh pihak yang tidak dikenali. TM juga mengingatkan pengguna agar berhatu-hati terutama sekali dengan mesej atau panggilan yang tidak diketahui asal usulnya, tidak membuka atau menekan sebarang pautan, atau memuat turun kepilan daripada emel dan SMS yang meragukan. Orang ramai juga diminta agar tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang tidak berkenaan.



Kami akan mengemaskini laporan ini jika ada sebarang kemaskini daripada pihak TM.

Terima kasih @adriantai atas makluman!

Kenyatan rasmi TM berkenaan pelanggaran data pelanggan Unifi

Bacaan Berkaitan

  • 250,248 data pelanggan Unifi Mobile terdedah, pengguna diminta terus berjaga-jaga
  • Astro nafi maklumat pelanggan terdedah di forum atas talian
  • Siasatan Maybank sahkan tiada kebocoran data pelanggan berlaku
Tags: data breachkebocoran datakecurian dataTM
Najib

Najib

POPULAR

TM naikkan kuota Unifi Broadband Lite 1Mbps dari 1GB kepada 50GB

Data pengguna TM diceroboh, pelanggan Unifi diminta berjaga-jaga

12 July 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN