• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:35 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6
Share on FacebookShare on Twitter

LG Malaysia hari ini mengumumkan barisan TV terbaharu mereka untuk pasaran kita. Mereka membawa masuk TV OLED dalam beberapa siri iaitu:

  • LG OLED Evo G3
  • LG OLED Evo C3
  • LG OLED A3

Harga jualan TV OLED LG di Malaysia

LG sedang mengadakan pameran di Mid Valley Megamall. Anda boleh pergi ke Centre Court sehingga 16 Julai 2023 untuk melihat sendiri bagaimana rupa TV ini. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia.



LG OLED Evo G3
77″ – RM32,999
65″ – RM17,999

LG OLED Evo C3
83″ – RM35,999
77″ – RM29,999
65″ – RM14,999
55″ – RM10,999



LG OLED A3
65″ – RM11,999
55″ – RM8,999

Pameran 10 Perfect Black itu menawarkan 10 unit LG TV 65” sebagai cabutan bertuah bila anda beli mana-mana produk LG yang berkenaan.

Spesifikasi LG OLED Evo C3

LG Evo C3 berada satu tangga di bawah Evo G3 pada harga yang lebih mampu milik dan penawaran saiz yang lebih mewah. Untuk iterasi kali ini, LG membawakan panel OLED baharu yang lebih cerah serta naik taraf cip pemproses kepada A9 AI Processor 4K Gen6. Selain daripada dua naik taraf ini, LG EVO C3 dilapor masih sama dengan LG EVO C2 terdahulu.

Panel paparan Evo C3 tidak dipacu oleh teknologi MLA seperti G3 jadi kecerahannya tidaklah boleh menandingi G3. Walau bagaimanapun, ia masih panel OLED yang cantik dan mempunyai kadar segar semula natif sehingga 120Hz. Panel ini menyokong HDR10, HLG, Dolby Vision, dan Dolby Vision IQ tetapi tidak menyokong HDR10+ seperti saudara G3.

Lagi kekurangn Evo C3 berbanding G3 adalah sistem audio. Ia diberikan sistem audio standard 40W dalam konfigurasi 2.2. Sebagai solusi audio, LG mengetengahkan soundbar USC9S untuk dipadankan TV ini. Ia malah ada pelapik khas untuk meletakkan soundbar ini.

LG OLED Evo C3 mendukung sistem operasi WebOS 23 dan menyokong segala macam ciri pintar seperti aplikasi penstriman, arahan suara menggunakan Alexa dan Google Assistant serta banyak lagi.Pada segi penawaran port I/O, TV ini menyediakan 4 port HDMI berspesifikasi penuh versi 2.1 (48Gbps) yang mampu menerima isyarat HDR 4K/120, NVIDIA G-Sync, AMD FreeSync Premium, dan juga VRR.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

  • LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu
  • LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6
  • LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6
Tags: lglg oled evo c3TV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6

LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6

12 July 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER