• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Trak elektrik pertama Volvo tiba di Malaysia, 50% jimat tenaga dengan jarak pemanduan sehingga 300km

  • OLEH Najib
  • 7:39 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
Trak elektrik pertama Volvo tiba di Malaysia, 50% jimat tenaga dengan jarak pemanduan sehingga 300km
Share on FacebookShare on Twitter

Volvo Trucks Malaysia telah mengumumkan kedatangan lori trak elektrik sepenuhnya pertama mereka di Malaysia. Ia juga adalah trak elektrik pertama dilancarkan di rantau asia Tenggara. Pelancaran ini turut mengumumkan pengguna pertama mereka, syarikat Swift Haulage Berhad.

Mesra alam & jimat tenaga

Seperti kenderaan elektrik lain, Volvo Trucks menyatakan bahawa trak elektrik mereka menghasilkan rendah pelepasan karbon, bersamaan dengan 47 unit kenderaaan penumpang biasa. Bagaimanapun, untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), ia memerlukan kerjasama ramai pihak bagi membina ekosistem yang kondusif dan mampu menarik minat syarikat pengangkutan dan logistik.



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sedar tentang rendahnya penggunaan EV komersial seperti lori dan bas di Malaysia. Beliau memuji komitmen dan pelaburan yang dibuat oleh Volvo Trucks untuk menjadikan industri logistik tempatan lebih berdaya saing dan menyokong agenda sifar karbon dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2023). Perkongsian teknologi oleh Volvo Trucks juga akan memajukan lagi pengetahuan EV komersial di Malaysia, dan membuka laluan untuk industri EV lebih berkembang dalam pasaran EV ASEAN bernilai RM2.7 bilion sehingga 2027. Ia juga akan meningkatkan rantaian bekalan EV IKS domestik dan menyediakan pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swift Haulage Berhad, Loo Yong Hui berkata, “Kemampanan adalah dan sentiasa menjadi keutamaan bagi Swift. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Swift akan menjadi syarikat pengangkutan pertama di Malaysia yang memperoleh dan menggabungkan trak elektrik ke dalam armada kami. Kami percaya teknologi ini akan merevolusikan industri, dan kami teruja untuk memimpin ke arah masa depan yang lebih cerah, lebih cekap dan lebih mesra alam. Melihat ke hadapan, kami komited untuk menggantikan sebahagian besar armada kami kepada EV menjelang 2030.”



Tiga model Volvo Trucks

Dalam pelancaran ini, tiga model trak elektrik Volvo Trucks diumum iaitu Volvo FM, FH dan FMX. Kesemua kenderaaan ini direka dengan pelbagai pilihan gandar untuk kegunaan dan segmen berbeza.

Volvo FM Electric, Volvo FH Electric dan Volvo FMH Electric

Mereka juga menyediakan pilihan bateri yang berbeza, dengan tenaga boleh disimpan sehingga 540kWh. Jarak perjalanan pula dianggarkan sehingga 300km. Untuk mengecas, ia menyokong pengecasan AC 43kW yang memerlukan kira-kira 10 jam untuk penuh dari kosong. Selain itu, pengecasan DC 250kW juga disertakan yang mampu mengecas penuh dalam masa tidak sampai 2 jam.

Dalam ujian bebas, trak elektrik Volvo FH menggunakan 50% kurang tenaga berbanding Volvo FH yang menggunakan enjin diesel dalam suasana pemanduan yang serupa. Jadi kos pengangkutan boleh dikurangkan.

Lebih mesra pemandu trak

Volvo Truck turut mengatakan, trak elektrik sangat sesuai digunakan untuk pemandu trak jarak jauh. Ini kerana trak elektrik memiliki enjin yang senyap dan tiada getaran di dalam kabin pemandu. Ia meningkatkan keselamatan kerana pemandu lebih sedar dengan suasana di persekitaran dan mengurankan tekanan perasaan.

Paling penting, penggunaan trak elektrik lebih mesra alam kerana tiada pelepasan ekzos dan rendah impak iklim jika menggunakan elektrik daripada tenaga boleh kitar semula. Ia juga membuka peluang logistik baru, kerana trak elektrik boleh bergerak di awal pagi atau malam dengan bunyi bising yang rendah.

Membina ekosistem elektrik Malaysia

Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membina ekosistem elektrik di Malaysia. Volvo Trucks bekerjasama dengan agensi kerajaan, penbyedia tenaga serta rakan niaga seperti Malaysian Green Technology And Climate Change (MGTC). Kerjasama ini termasuk dengan konsesi lebuhraya, PLUS EXpressways Berhad untuk berkongsi pengetahuan teknikal untuk infrastruktur pengecasan kenderaan komersial.

Volvo Trucks juga berdaftar di bawah MyHijau, inisiatif kerajaan untuk mempromosi dan membeli produk dan perkhidmatan mesra alam oleh pelbagai pemain industri di Malaysia.

Trak elektrik Volvo bakal menerima tanda pengiktirafan MyHIJAU membuktikan ia diiktiraf menurut standard keselamatan, kualiti dan prestasi oleh MGTC di Malaysia. Dengan MyHIJAU juga, syarikat yang membeli trak elektrik Volvo layak menerima manfaat di bawah program insentif cukai teknologi hijau seperti Green Investment Technology Allowance (GITA).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang trak elektrik Volvo, layari laman web Volvo Truck Malaysia.

Tags: volvoVolvo Truck
Najib

Najib

POPULAR

Trak elektrik pertama Volvo tiba di Malaysia, 50% jimat tenaga dengan jarak pemanduan sehingga 300km

Trak elektrik pertama Volvo tiba di Malaysia, 50% jimat tenaga dengan jarak pemanduan sehingga 300km

12 July 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN