• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:58 pm
  • 14/07/2023
  • Komen
Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Tesla luar biasa popular pada hari ini apabila bukan sahaja jenama itu mengumumkan harga jualan satu model EV mereka, pada hari yang sama juga CEO-nya Elon Musk mengadakan sidang video bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Harga Tesla Model Y di Malaysia buatkan EV lain terasa mahal



Antara intipati sidang video tersebut menurut Bernama adalah persetujuan Elon Musk untuk buka Tesla Inc. di Cyberjaya. Perkara ini semua sedia maklum apabila pihak Tesla mengadakan temuduga besar-besaran yang dilakukan tak lama dulu untuk mengisi pelbagai kekosongan. Disebabkan Cyberjaya berjaya dalam wilayah Selangor, kerajaan negeri itu turut menyambut dengan nada yang sama. Malah, beliau memetik kawasan seperti Petaling dan Sepang sebagai lokasi tempat usaha sama yang giat akan berlangsung.

Tesla SuperCharger disenaraikan di enam negeri di Malaysia



Kemudian CEO Tesla itu juga dikatakan akan melabur secara besar-besaran di Malaysia dan akan melawat negara ini tak lama lagi. Untuk pengetahuan, Elon Musk belum pernah mengadakan lawatan rasminya ke negara kita setakat ini setakat laporan dalam media. Bukan setakat Tesla, Space X juga akan menjalinkan kerjasama dengan tiga syarikat tempatan tapi kerjasama jenis apa tidak pula diketahui.

Nama Starlink juga dipetik dalam sidang video itu. Ia adalah perkhidmatan Internet yang menggunakan satelit untuk berhubung. Starlink diperkenalkan dalam tahun 2019 dulu dan pendaftaran minat untuk pasaran Malaysia sudahpun dibuka seawal 2021 yang lalu.

Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia

Menurut Elon Musk, Malaysia akan diberikan keutamaan dalam penyebaran perkhidmatan Starlink. Laman web cakupan servis Starlink menunjukkan yang Malaysia akan mula menikmati servis ini seawal Q2 2023, tapi sekarang sudahpun masuki Q3 2023.

Sumber: Bernama

Tags: Elon MuskEVStarlinkTesla
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu

Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu

14 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER