• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fon putik dan pengecas percuma bernilai lebih RM500 untuk pembeli terawal Nothing Phone (2) dengan Yes 5G

  • OLEH Najib
  • 7:46 pm
  • 18/07/2023
  • Komen
Fon putik dan pengecas percuma bernilai lebih RM500 untuk pembeli terawal Nothing Phone (2) dengan Yes 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar kedua keluaran Nothing iaitu Phone (2), telah dilancarkan minggu lepas dan jualan eksklusif terhad telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 di kedai Crossover, Midvalley Megamall. Ia akan dijual di lebih banyak kedai mulai 22 Julai 2023 dan salah satu penjualnya ialah Yes 5G.

Bagi menarik minat pembeli untuk melanggan pelan mereka, Yes 5G menawarkan Nothing Phone (2) secara percuma, atau rebat RM240 untuk bil bulanan. Malah, ada juga rebat khas dan pembelian secara ansuran untuk pemilik kad kredit Alliance Bank Virtual.



Tetapi Yes 5G ada satu lagi tawaran sangat menarik. Khas untuk pembeli terawal Nothing Phone (2) di Yes 5G pada hari jualan pertama, mereka akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM500 di dalam set Nothing Phone (2) Launch Edition berupa:

  • Ear (Stick)
  • Pengecas 45W
  • Sarung telefon

Tawaran ini hanya terdapat untuk 100 pelanggan pertama di Yes Experience Store yang terletak di Lot 10 Kuala Lumpur, yang membeli Nothing Phone (2) dan melanggan pelan pasacabayar Yes 5G. Hanya Nothing Phone (2) dengan storan 512GB berharga RM3,499 dijual di Yes 5G. Boleh semak maklumat lanjut tawaran di sini.



Di samping itu, semua pembelian Nothing Phone (2) di Yes 5G akan turut diberikan jaminan tambahan tahun kedua. Menurut Yes, jaminan tambahan ini akan diuruskan oleh pusat perkhidmatan bertauliah Nothing dan sebarang masalah selepas jualan boleh dihantar di sini.

Spesifikasi Nothing Phone (2)

Nothing menaik taraf Phone (2) kepada kelas flagship dengan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB serta storan dalaman UFS 3.1 antara 256GB dan 512GB. Kad mikroSD tidak diterima.

Skrin kini lebih besar, 6.7-inci HD penuh jenis Flexible OLED LTPO dengan kadar penyegaran serendah 1Hz sampai 120Hz. Kecerahan pula sehingga 1,600nits. Bahagian depan dan belakang telefon dipasang kaca Corning Gorilla Glass, lebih tahan calar.

Kamera hadapan diubah ke tengah, dipertingkat menggunakan sensor Sony IMX615 32MP. Di belakang masih ada dua kamera, iaitu kamera utama dengan sensor Sony IMX890 50MP bersama OIS dan EIS. Kamera kedua ultralebar pula 50MP sensor Samsung JN1. Tiada kamera telefoto untuk zum optikal.

Baterinya 4,700mAh tetapi sokongan pengecasan pantas lebih tinggi iaitu 45W. Ia boleh mengcas penuh tidak sampai sejam, tapi kepala pengecas dijual berasingan. Tidak diberikan di dalam kotak. Pengecasan wayarles masih sama iaitu 15W.

Nothing Phone (2) datang siap dengan sistem operasi Nothing OS 2.0, berasaskan Android 13. Kali ini, Nothing menjanjikan 3 tahun untuk kemaskini OS dan 4 tahun bagi keselamatan yang dikeluarkan setiap 2 bulan. Pilihan warna ada dua, iaitu putih dan kelabu, bukan lagi hitam.

Perkara terpenting pada telefon ini adalah lampu LED Glyph di belakang. Ini yang buat Nothing berbeza dan jauh lagi bagus dari telefon lain. Kedudukan Glyph nampak sama dengan Phone (1), tapi kali ini dipecahkan kepada lebih banyak bahagian. Setiap bahagian boleh digunakan untuk fungsi berlainan, jadi lebih banyak fungsi Glyph boleh digunakan.

Bacaan Berkaitan

  • Dapatkan Nothing Phone (2) percuma, dengan pascabayar Yes 5G tanpa had kuota dan FUP
  • Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia
  • Nothing Phone (2), harga rasminya jauh lebih tinggi berbanding model lepas
  • Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air
Tags: Nothingnothing phone (2)nothing phone 2yes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Fon putik dan pengecas percuma bernilai lebih RM500 untuk pembeli terawal Nothing Phone (2) dengan Yes 5G

Fon putik dan pengecas percuma bernilai lebih RM500 untuk pembeli terawal Nothing Phone (2) dengan Yes 5G

18 July 2023
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER