• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elon Musk mahu tamatkan Twitter dan burung biru

  • OLEH Najib
  • 3:08 pm
  • 23/07/2023
  • Komen
Elon Musk mahu tamatkan Twitter dan burung biru
Share on FacebookShare on Twitter

Pemilik Twitter yang penuh kontroversi, Elon Musk telah berciap menerusi akaun rasminya bahawa dia mahu mengucapkan selamat tinggal kepada jenama Twitter dan juga burung yang menjadi logo ikonik platform media sosial tersebut. Ia seperti petunjuk bahawa akan berlaku perubahan maha besar kepada Twitter, tetapi ia bukannya satu penamatan.

And soon we shall bid adieu to the twitter brand and, gradually, all the birds

— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023

Tidak lama selepas itu, Elon menghantar mesej lain pula yang menyebut, jika logo X kelihatan bagus, ia akan diperlihat malam ini dan disiarkan kepada semua esok. Waktu itu, orang ramai memberi pelbagai pendapat tentang logo X yang diperkatakan.



If a good enough X logo is posted tonight, we’ll make go live worldwide tomorrow

— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023

Tidak sampai sejam kemudian, Elon memuat naik video yang menunjukkan logo X. Tetapi Elon tidak memberi sebarang penjelasan melainkan meletakkan penerangan kecil, ia daripada Sawyer Merritt (@SawyerMerritt).

Sawyer menjelaskan, logo tersebut digunakan untuk podcast beliau iaitu Xpod yang telah lama tidak bersiaran. Malah, Sawyer berkata sesiapa sahaja boleh menggunakan logo itu secara percuma. Mungkin ini bukanlah apa yang dirancang Elon.



https://twitter.com/SawyerMerritt/status/1682979336905805824

Terbaru, Elon menghantar dua patah perkataan dalam ciapannya iaitu “Deus X“. Apakah ini nama yang akan menggantikan Twitter? Mungkin kita akan tahu sepenuhnya perubahan yang akan Elon bawa kepada Twitter dalam tempoh kurang 24 jam.

Deus X

— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023

Langkah Elon untuk mengubah Twitter bukanlah baru sahaja berlaku. Pada April lepas, Twitter Inc. telah diserap ke dalam sebuah syarikat lain bernama “X Corp”. Ia adalah sebahagian langkah Elon untuk menjadikan X sebagai sebuah Super-App untuk pelbagai perkara seperti WeChat di China, yang digunakan sebagai perkhidmatan pembayaran dan media sosial.

Jika ini menjadi kenyataan, Twitter yang selama ini terkenal dengan platform media sosial yang ringan dan dipenuhi perkataaan akan bertukar menjadi sebuah platform yang sarat dengan pelbagai perkhidmatan. Ini boleh jadi alasan terbaik kepada pengguna setia Twitter untuk beralih kepada Threads yang baru dibuka oleh Instagram.

Bacaan Berkaitan

  • Threads, klon Twitter oleh Instagram telah buka pendaftaran untuk Malaysia, sudah ada 10 juta pendaftaran
  • Kenapa Twitter letak had membaca harian? Ini jawapan rasmi Twitter
  • Twitter letak had bilangan cicipan yang boleh anda baca sehari, kenapa?
Tags: Elon MuskTwitterX Corp
Najib

Najib

POPULAR

Elon Musk mahu tamatkan Twitter dan burung biru

Elon Musk mahu tamatkan Twitter dan burung biru

23 July 2023
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN