• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa Twitter letak had membaca harian? Ini jawapan rasmi Twitter

  • OLEH Najib
  • 12:12 pm
  • 05/07/2023
  • Komen
Kenapa Twitter letak had membaca harian? Ini jawapan rasmi Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, kecoh pengguna Twitter apabila mereka tidak dapat melihat beberapa tweet. Tidak lama kemudian, pemilik Twitter, Elon Musk memaklumkan bahawa Twitter mula mengenakan had tweet yang boleh dibaca oleh pengguna dan had ini diberi lebih tinggi untuk pengguna premium yang membayar.

Kini, Twitter mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kenapa mereka mula mengenakan had ini. Menurut Twitter, had ini dikenakan untuk menentang kebangkitan spam dan bots ke dalam platform mereka. Malah, langkah yang sangat mengejutkan ini terpaksa diambil untuk memastikan sesiapa yang menyalahgunakan platform ini, tidak sempat bertindak untuk mengatasi sekatan yang dikenakan.



Tambah Twitter, mereka kini sedang berusaha untuk menghalang akaun yang tidak bertanggungjawab ini daripada dua perkara. Pertama untuk mengelakkan maklumat awam pengguna diambil untuk pembinaan model AI dan kedua, memanipulasi orang ramai serta perbualan di Twitter dalam pelbagai cara.

Had dan sekatan ini merupakan langkah sementara dan Twitter memaklumkan ia hanya memberi kesan kepada segelintir pengguna sahaja. Twitter akan mengumumkan apabila segala tugasan telah selesai.



Now to 10k, 1k & 0.5k

— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2023

Twitter masih tidak menyatakan berapakah had harian yang dikenakan tetapi Elon Musk ada memberitahu bahawa terkini, had harian yang dikenakan adalah 500 tweet untuk pengguna “unverified” baru, 1,000 tweet untuk pengguna “unverified” dan 10,000 tweet untuk pengguna “verified” yang membayar premium.

Ramai pengguna mengecam langkah ini kerana ia dilihat memaksa pengguna untuk membayar Twitter kepada keahlian “verified” dan mendapat kuota membaca tweet lebih banyak. Di Malaysia, simbol biru Twitter Verified boleh dilanggan dari RM35/bulan atau RM369/tahun. Selain had membaca harian, Twitter juga menyekat sepenuhnya pengguna yang tidak mendaftar masuk dari membaca tweet.

[Sumber: Twitter]

Bacaan Berkaitan

  • Twitter letak had bilangan cicipan yang boleh anda baca sehari, kenapa?
  • Twitter terima lebih 53,000 permintaan daripada kerajaan untuk buang kandungan pada tahun lepas
  • Dapat tanda biru percuma di Twitter? Elon akan buangnya dari akaun anda hujung bulan ini
  • Logo kuning Twitter di Malaysia kini boleh dilanggan pada harga RM4,500 sebulan
  • Twitter Blue kini di Malaysia, harga langganan serendah RM35 sebulan
Tags: Twitter
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Kenapa Twitter letak had membaca harian? Ini jawapan rasmi Twitter

Kenapa Twitter letak had membaca harian? Ini jawapan rasmi Twitter

5 July 2023
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN