• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C51, telefon baharu dengan Unisoc T612 dikesan dalam SIRIM Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:25 pm
  • 24/07/2023
  • Komen
Realme C51, telefon baharu dengan Unisoc T612 dikesan dalam SIRIM Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme dilaporkan telah mengumumkan sebuah telefon baharu di Taiwan iaitu Realme C51. Daripada helaian spesifikasi, ia adalah sebuah telefon mesra bajet.

Bermula di bahagian muka, telefon ini memperagakan panel paparan 6.7” beresolusi HD+ daripada panel jenis LCD. Seperti model dalam siri Realme C lain, model kali ini turut menampilkan ciri Mini Capsule.



Atas papan utama, Realme C51 diperkasa SoC Unisoc T612 dengan RAM 4GB beserta storan seluas 64GB. Di bahagian pengimejan, telefon ini dilengkapi kamera belakang utama 50MP dan kamera sekunder untuk bokeh. Selfie pula diambil dengan kamera 8MP.

Sistem bateri dengan kapasiti 5,000mAh membekalkan tenaga kepada segala komponen elektornik telefon ini dengan blok pengecas 33W disediakan di dalam kotak.



Lain-lain ciri menarik yang perlu anda tahu adalah slot mikro-SD padanya tidak berkongsi dengan kad SIM. Jadi anda boleh masukkan 2 kad SIM dan 1 mikro-SD serentak tiada masalah.

Realme C51 dijual pada harga TWD3990 (~RM581) dalam pasaran Taiwan. Sekiranya ia masuki Malaysia kelak, jangkakan harganya lebih rendah berbanding Realme C55 dan Realme C53 yang sudahpun berada di sini buat beberapa ketika.

Entri Realme C51 sudahpun berada dalam pengkalan data SIRIM buat pengetahuan anda.

Untuk pasaran Malaysia, Realme telah melancarkan dua model dalam siri Realme C dalam tahun 2023. Model yang pertama adalah Realme C55 dalam bulan Mac 2023 lalu yang menampilkan ciri diinspirasikan daripada iPhone. Realme C55 dijual pada harga bermula RM699

Realme C55: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Kemudian, dalam bulan Jun 2023 pula jenama itu mengumukan penjualan Realme C53 pada harga bermula RM599.

Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia

Sekiranya kita mengambil selang masa 3 bulan antara Realme C sebelum ini, kita mungkin boleh jangkakan Realme C51 tiba di Malaysia dalam bulan September 2023 nanti.

Tags: androidmobileRealmerealme c51
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme C51, telefon baharu dengan Unisoc T612 dikesan dalam SIRIM Malaysia

Realme C51, telefon baharu dengan Unisoc T612 dikesan dalam SIRIM Malaysia

24 July 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN