• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:35 am
  • 24/07/2023
  • Komen
UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan yang Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan beroleh 10 daripada 40 unit Starlink yang telah ditempah sebagai salah satu insiatif menambah baik perkhidmatan Internet di kampus cawangan universiti itu. Salah satu kampus cawangan yang dipetik adalah kampus Kuala Pilah.

Tidaklah diketahui mengapakah kampus cawangan Kuala Pilah memerlukan Starlink kerana menerusi carian ringkas di laman Unifi, lokasi tersebut sudahpun diliputi perkhidmatan internet jalur lebar yang lebih pantas.



Apakah Starlink?

Buat anda yang terlepas berita, Starlink adalah perkhidmatan Internet daripada syarikat kepunyaan Elon Musk yang juga memiliki Tesla dan SpaceX. SpaceX telah memulakan ujian beta awam Starlink, di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada bulan Oktober 2020, diikuti beberapa negara lain tidak lama selepas itu. Kini, Starlink dilaporkan telah mula menerima pendaftaran minat dan wang pendahuluan untuk pengguna di Malaysia sejak tahun 2021 lagi.

Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia



Laman web Starlink menyatakan bahawa pengguna boleh menjangkakan kelajuan internet di antara 50Mbps ke 150Mbps dan masa sela antara 20ms ke 40ms dikebanyakan tempat liputan. Malah, mungkin ada masa tiada sambungan langsung dalam masa yang singkat. Sela masa yang rendah ini boleh dicapai kerana satelit Starlink mengorbit di angkasa 60 kali lebih dekat berbanding satelit biasa.

Kenapa tidak gunakan produk tempatan?

Sekiranya objektif kerajaan untuk menambah baik capaian Internet menggunakan solusi satelit, syarikat tempatan sudah lama menyediakannya. Kami telah mencuba perkhidmatan ConnectMe di Post Sinderut, tempat yang tiada rangkaian telco langsung, apatah lagi Unifi seperti kampus Kuala Pilah tadi dan berjaya beroleh kelajuan sekitar 50Mbps.

Mencuba Internet ConnectMe Now di Pos Sinderut, kami beroleh 45Mbps

Kalau anda masih ingat, kita telah selamat menghantar MEASAT-3d ke langit pada 23 Jun 2022 lalu. Antara manfaat yang digarap kerajaan ketika itu adalah cakupan Internet jalur lebar yang lebih utuh di pedalaman. Apabila sambungan Internet tidak dibataskan oleh keadaan muka bumi, kita boleh mendapatkan akses Internet walau di mana jua.

MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?

Kemudian rakyat juga boleh menikmati TV yang beresolusi tinggi. Perkara ini lebih kepada pelanggan Astro. Kandungan beresolusi setinggi 8K mampu dipancarkan satelit baharu ini disebabkan sokongan Ka-Band HTS yang mempunyai jalur perpindahan data seluas 30 Gbps.

Sumber: MalayMail

Tags: Fahmi FadzilStarlinkUiTM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi

UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi

24 July 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN