• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih 10 juta rakyat Malaysia akan terima e-tunai RM100

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 27/07/2023
  • Komen
Lebih 10 juta rakyat Malaysia akan terima e-tunai RM100
Share on FacebookShare on Twitter

Program e-Tunai Belia Rahmah yang diberikan kepada belia berusia 18-20 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa, disasarkan kepada 2 juta penerima. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan program baru yang lebih meluas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat hari ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini berusia 21 tahun ke atas, yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah. Ia dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia.



sumber

Tambahnya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat. Ia akan membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion. Bagaimanapun, tarikh pemberian dan cara pelaksanannya masih belum diberitahu.

Program e-Tunai Belia Rahmah dilaksanakan melalui tiga e-dompet terpilih iaitu Boost, Touch n Go eWallet dan Setel. Kredit e-tunai RM200 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui e-dompet ini dan dibelanjakan secara tanpa tunai. Penyedia e-dompet juga menyediakan tawaran tambahan berupa diskaun, e-baucar dan ganjaran bagi menarik pengguna mendaftar dengan mereka.



Jika mahu dilaksanakan dengan segera, pastinya kerajaan akan menggunakan cara yang sama iaitu melantik tiga penyedia e-dompet yang sama dengan program e-Tunai Belia Rahmah. Apatah lagi dengan Pilihanraya Negeri yang akan diadakan pada 12 Ogos 2023, mungkin ia cara yang terbaik supaya rakyat boleh menikmatinya dalam masa terdekat.

[Sumber: Harian Metro]

Bacaan Berkaitan

  • eBeliaRahmah: Tiga eWallet terpilih untuk pemberian RM200, penggunaan lebih terhad
  • eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200
  • eBeliaRahmah: Ini tawaran tambahan yang diberi TNG eWallet, Setel, dan Boost
Tags: Anwar Ibrahime-tunaieWallet
Najib

Najib

POPULAR

Lebih 10 juta rakyat Malaysia akan terima e-tunai RM100

Lebih 10 juta rakyat Malaysia akan terima e-tunai RM100

27 July 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN