• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas SKMM dan Menteri, TM juga berharap pakej internet lebih baik diperkenal bulan September

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 03/08/2023
  • Komen
4 Perkara Tentang CPU Pada Mi A2 Yang Buatkannya Labih Baik Dari Mi A1
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan kadar Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) baru pada bulan Mac lepas. Tetapi selepas empat bulan, masih tiada penurunan harga atau naik taraf pelan dirasai oleh pengguna.

Kebanyakan penyedia perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) telah mengemaskini Tawaran Akses Rujukan (RAO) menurut kadar MSAP baru ini sejak bulan Jun. Telekom Malaysia (TM) pula selaku penyedia HSBB terbesar di Malaysia, baru menerbitkan RAO terbaru mereka minggu lepas.



Sehubungan itu, TM telah memulakan rundingan dengan penyedia perkhidmatan internet yang mencari akses kepada rangkaian HSBB mereka, untuk mencapai persetujuan baru berkaitan kadar baru RAO yang diterbitkan TM. TM menjangka, pakej internet lebih baik akan ditawarkan penyedia perkhidmatan internet bermula September ini.

Jelas TM kepada Bernama, “Selepas pengumuman TM mengenai penambahbaikan kadar jalur lebar borong RAO pada 28 Julai, kami telah mengadakan rundingan dengan pencari akses (penyedia perkhidmatan) untuk mencapai persetujuan yang memenuhi keperluan mereka. Memandangkan penambahbaikan positif pada kadar borong baharu, kami berharap ini akan menggalakkan mereka untuk menawarkan pakej Internet yang lebih baik dalam pasaran, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.”



TM berkata perjanjian dengan penyedia perkhidmatan Internet dan pihak lain yang ingin melanggan RAO TM bagi harga borong akan kelaknya memberi manfaat kepada pengguna akhir runcit mereka. Tetapi masih terlalu awal bagi TM untuk mendedahkan butiran terperinci mengenai tawaran itu, dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Unifi lebih murah atau kelajuan dipertingkat?

Pada tahun 2018 apabila kadar MSAP baru diumum, semua rakyat Malaysia menikmati pakej internet lebih baik. Pelan jalur lebar dipertingkat kepada 30Mbps dengan harga di bawah RM100. Pelanggan Unifi sedia ada pula, menerima naik taraf kelajuan sehingga 10x, daripada 30Mbps menjadi 300Mbps.

Tetapi dengan kadar MSAP 2023, mungkin sukar untuk mendapat naik taraf ketara seperti tahun 2018. Apa yang boleh dijangka, pengguna sedia ada akan mendapat naik taraf kelajuan. Untuk harga, penjimatan yang diberikan kelak mungkin tidak terlalu ketara.

Paling penting, TM perlu menjadi peneraju dan yang pertama mengumumkan pakej Unifi yang lebih baik kerana mereka sendiri adalah penyedia infrastruktur HSBB.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?
  • Fahmi jangka harga internet akan lebih murah menjelang September
  • SKMM jawab isu MSAP 2023, harga jalur lebar akan turun selepas September
  • TM jamin selesaikan isu MSAP, perjanjian akses dan RAO pada akhir September
Tags: MSAPRAOTMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

4 Perkara Tentang CPU Pada Mi A2 Yang Buatkannya Labih Baik Dari Mi A1

Selepas SKMM dan Menteri, TM juga berharap pakej internet lebih baik diperkenal bulan September

3 August 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN