• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi umum potongan harga untuk Redmi A1, harga kini bawah RM300

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:07 pm
  • 03/08/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi A1 merupakan telefon termurah yang Xiaomi lancarkan di Malaysia pada Oktober tahun 2022. Dilancarkan pada harga RM359, ia membawakan spesifikasi yang berbaloi terutama untuk kategori kelas permulaan.

Tetapi kini, Xiaomi mengumumkan potongan harga bagi model itu, menjadikan telefon termurah itu sekarang lebih murah, pada harga bawah RM300 sahaja. Untuk lebih jelas, berikut adalah harga terbaru untuk Redmi A1:



Redmi A1 (RAM 2GB + storan 32GB) – RM359 RM299

Promosi ini berjalan dalam masa terhad, tapi Xiaomi tidak pula menyatakan bila tarikh akhir promosi. Jadi jika anda berminat, anda perlu cepat untuk dapatkannya. Pembelian boleh dibuat di stor atas talian Xiaomi ataupun di gedung rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee.



Spesifikasi Redmi A1

Sebagai telefon pintar termurah, sudah tentu perkakas dalaman yang digunakan berkelas permulaan. Cip yang menggerakkan Redmi A1 adalah Mediatek Helio A22, bersama RAM LPDDR4X sebanyak 2GB dan storan jenis eMMC 5.1 seluas 32GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan.

Spesifikasi skrinnya tidak terlalu rendah kerana ia menggunakan paparan beresolusi HD 720p. Skrin ini sebesar 6.52-inci, memiliki takuk kecil di dahinya.

Takuk kecil tersebut memuatkan kamera hadapan 5MP f/2.2. Di belakang, terdapat dua modul kamera menempatkan kamera utama 8MP f/2.0 dan lensa pembantu QVGA (248×328). Lensa kedua digunakan untuk membantu menghasilkan gambar potret dengan kesan bokeh.

Menghidupkan telefon adalah dari bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W, tetapi melalui sambungan mikroUSB. Pengecas ada diberi di dalam kotak. Sistem audio yang disokong Redmi A1 hanya mono, tetapi ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk sambungan fon telinga berwayar.

Sistem operasi yang digunakan di Redmi A1 adalah Android 12 Go Edition. Ia adalah sistem operasi yang lebih ringan daripada Android 12 biasa, dengan beberapa fungsi canggih dibuang untuk memastikan penggunaan yang lancar.

Terdapat tiga warna pilihan disediakan untuk Redmi A1 iaitu biru, hijau dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi A1.

Bacaan berkaitan

  • Redmi 12C kini RM100 lebih murah, boleh dibeli dari serendah RM499
  • Redmi 12 dilancar bawah RM600, lebih murah jika ditempah awal
  • Beli Redmi 12 256GB dan dapat fon telinga wayarles percuma
Tags: RedmixiaomiXiaomi Redmi A1
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Xiaomi umum potongan harga untuk Redmi A1, harga kini bawah RM300

3 August 2023
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN