• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Unifi Plus Box v1 boleh menukarnya ke v2 dengan percuma tetapi diikat kontrak

  • OLEH Najib
  • 2:07 pm
  • 07/08/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan pek Unifi TV dan menggunakan Unifi Plus Box, telah dapat menonton aplikasi Netflix terus daripada pemain media rasmi Unifi. Bagaimanapun, masih ada pelanggan yang tidak dapat menggunakannya walaupun mereka memiliki Unifi Plus Box.

Kebanyakan aduan pengguna mengenai masalah ini adalah disebabkan mereka menggunakan Unifi Plus Box generasi pertama (v1). TM telah menggantikan setup-up box (STB) mereka yang menggunakan antaramuka tersendiri, kepada Android TV yang dipanggil Unifi Plus Box pada tahun 2020. Dengan kotak media baru ini, pengguna boleh memasang ratusan aplikasi daripada Google Playstore. Kecuali Netflix. Ia akibat tiadanya persetujuan dicapai untuk kerjasama antara TM dan Netflix satu masa dahulu.



Unifi Plus Box v1 (kiri) dan V2 (kanan)

Pada bulan Jun lepas, TM telah mula menawarkan Netflix sebagai kandungan tambahan yang boleh dilanggan menerusi Unifi TV. Ia diikuti dengan pengumuman kesediaan aplikasi Netflix dipasang di dalam Unifi Plus Box pada akhir bulan Julai. Bagaimanapun, ramai pengguna mengadu kerana masih tidak dapat menggunakan Netflix di Unifi Plus Box mereka.

Kami mengajukan persoalan kepada TM tentang nasib pengguna Unifi Plus Box v1 ini. TM tidak menjelaskan mengapa Unifi Plus Box v1 masih tidak boleh dipasang Netflix. Apa yang dimaklumkan, tiada promosi disediakan buat masa ini untuk menaik taraf Unifi Plus Box v1 tanpa kontrak.



Tukar percuma atau beli baru?

Sehubungan itu, TM menyarankan supaya pengguna mencuba pelan-pelan sedia ada yang didatangkan bersama Unifi Plus Box terbaharu. TM kini mengadakan promosi percubaan percuma untuk jalur lebar dan langganan Netflix dengan menyemak maklumat lanjut di laman promosi Unifi Ngam.

Selain itu, pelanggan juga boleh menukar kepada Unifi Plus Box terbaharu menurut terma dan kontrak selama 2 tahun, dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan. Jika anda memang merancang untuk menggunakan Unifi selama 2 tahun lagi, ini adalah cara terbaik kerana ia percuma tetapi terikat dengan kontrak 2-tahun.

Tetapi jika anda berasa tidak lagi menggunakan Unifi dalam tempoh kurang 2-tahun atau tidak mahu terikat dengan kontrak, cara lebih mudah adalah membeli pemain media Android TV pihak ketiga, contohnya Xiaomi TV Stick 4K yang boleh dibeli di bawah RM200 di Lazada atau Shopee.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi TV Stick 4K, resolusi tinggi dalam badan ramping kini di Malaysia
  • TM jelaskan kenaikan harga dua pelan Unifi
  • Netflix boleh dipasang di Unifi Plus Box sekarang, setelah disekat sekian lama
  • Unifi TV sudah ada Netflix, perkenal 2 pek baru dengan harga promosi
Tags: NetflixTMUnifiUnifi Plus Boxunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Unifi Plus Box v1 boleh menukarnya ke v2 dengan percuma tetapi diikat kontrak

7 August 2023
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN