• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Janggal pandu Tesla tanpa butang? S3XY Knob ada solusinya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:26 pm
  • 12/08/2023
  • Komen
Janggal pandu Tesla tanpa butang? S3XY Knob ada solusinya
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla dilhat cuba merevolusikan cara manusia berinteraksi dengan kereta. Contohnya, Tesla Model Y yang baru saja masuki Malaysia seperti yang kami laporkan tempoh hari, tidak didatangkan dengan butang fizikal kecuali di stereng pemandu sehinggakan untuk mengawal iklim dalam kabin pun kena gunakan satu-satunya paparan yang ada di dalam kereta itu.

Jadi, tentu sekali ia membukan peluang kepada pengeluar aksesori pihak ketiga untuk mengeksploitasi isu ini buat pengguna yang mengkehendakkan kawalan berasaskan butang fizikal.



Sebuah syarikat yang bernama Enhanced hadir dengan inovasi kreatif yang dinamakan “S3XY Knob”. Ia adalah aksesori kawalan beroda untuk kenderaan Tesla untuk memberikan kemudahan kepada pengguna mengawal fungsi-fungsi dalam kereta melalui butang-butang fizikal.

Dalam satu set S3XY Knob terkandung dua komponen. Komponen pertama adalah “Commander” yang berfungsi sebagai penerima input daripada komponen kedua. Komponen kedua adalah tombol fizikal itu sendiri yang dipasang di konsol tengah kenderaan dan dikuasakan melalui jek USB yang sedia ada di kereta.



Keunikan S3XY Knob adalah pada paparan intuitif dan berfungsi yang dimilikinya. Ia memaparkan maklumat penting berdasarkan tetapan apa yang boleh diubahnya. Dengan cara memutarkan tombol, pengguna boleh menelusuri menu dan mengubah tetapan macam-macam fungsi kenderaan tanpa perlu menyentuh paparan kereta. Selain tombol boleh putar beserta paparan, S3XY Knob juga sediakan empat butang fizikal yang boleh diprogramkan untuk arahan-arahan tertentu.

Butang-butang pada S3XY Knob boleh diprogramkan sepenuhnya menggunakan aplikasi telefon pintar. Pengeluarnya menyatakan yang sehingga 15 fungsi boleh diprogram masuk ke tombol ini. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang ia tidak boleh digunakan untuk Tesla Model S dan Model X hasilan tahun sebelum 2021. Senarai penuh fungsi boleh dirujuk di sini.

Buat yang berminat untuk mendapatkannya sebuah, program tempahan awal sedang berjalan sehingga 1 September 2023. Anda boleh mendapatkan S3XY Knob pada harga promosi USD199.69 (RM915.98) dan selepas promosi tamat, harga jualannya adalah USD329.69 (RM1512.29). Tempahan akan mula dihantar seawal Disember 2023.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

Kerentanan pada komputer EV Tesla ditemui, fungsi berbayar boleh diperoleh secara percuma

Tesla rasmi di Malaysia: Ini info Model Y dan beberapa berita baik lain

Tesla pertimbang lesen FSD kepada jenama pesaing

Tags: automotifTesla
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Janggal pandu Tesla tanpa butang? S3XY Knob ada solusinya

Janggal pandu Tesla tanpa butang? S3XY Knob ada solusinya

12 August 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN