• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla pertimbang lesen FSD kepada jenama pesaing

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:07 am
  • 20/07/2023
  • Komen
Tesla pertimbang lesen FSD kepada jenama pesaing
Share on FacebookShare on Twitter

Elon Musk dalam satu sidang video bersama-sama pemegang taruh Tesla ada menyatakan jenama automotif itu sedang mempertimbangkan ciri Full Self-Driving (FSD) dilesenkan kepada pihak ketiga untuk kegunaan kereta berjenama selain tesla. FSD adalah unik setakat ini dalam pasaran kerana ia satu-satunya teknologi swapandu sepenuhnya yang ada pada kereta yang boleh dibeli pengguna.

Tesla Supercharger dikesan sudah dipasang di Kuala Lumpur



Berbanding FSD Tesla, solusi bantu pandu kereta berjenama lain satu tahap lebih rendah. Contohnya ia hanya terhad di lebuh raya dan hanya membantu pemandu memperbetul ralat-ralat kecil manakala FSD cukup pintar untuk berhenti di lampu isyarat, memarkir kenderaan, malahan membuat belokan di simpang.

Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu



Walau bagaimanapun, FSD bukanlah sesuatu yang sempurna. Ada beberapa kali ia dilapor bermasalah hinggakan menyebabkan kemalangan. Kemalangan maut pertama yang direkodkan sewaktu penggunaan FSD adalah dalam tahun 2016 di Florida apabila sistem dilapor gagal membezakan trak putih dengan langit dan kereta terus merempuh trak tersebut. Sejak daripada itu, sekurang-kurangnya 6 lagi kemalangan dilaporkan dan yang paling baharu adalah kemalangan melibatkan 8 kenderaan di San Francisco.

Tesla SuperCharger disenaraikan di enam negeri di Malaysia

Mujurlah fungsi FSD buat masa ini masih lagi tidak sah digunakan di atas jalan raya Malaysia. Ia adalah respons PDRM selpas tularnya video TikTok yang memaparkan sebuah Tesla dipandu secara FSD di atas Lebuhraya Utara Selatan.

Harga rasmi Tesla Model Y di Malaysia dari RM199,000 dan ansuran serendah RM2,222/bulan

Ia tidak bermakna ciri itu tidak dijual bersama kereta. Sewaktu harga rasmi Tesla Model 3 diumumkan tempoh hari, ciri FSD boleh ditambah kepada kereta dengan bayaran RM32,000.

Buat pengetahuan anda, FSD daripada Tesla masih lagi dianggap sebagai Pemanduan Berautonomi Tahap 2 (Level 2) kerana masih memerlukan input daripada pengguna. Pemanduan berautonomi yang bebas sebarang input seperti yang digariskan SAE adalah bermula Level 3.

Sumber: TheVerge

Tags: automotifTesla
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tesla pertimbang lesen FSD kepada jenama pesaing

Tesla pertimbang lesen FSD kepada jenama pesaing

20 July 2023
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN