• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel kini rakan telefon rasmi Arsenal dan Liverpool

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:13 am
  • 14/08/2023
  • Komen
Google Pixel kini rakan telefon rasmi Arsenal dan Liverpool
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan satu kerjasama jangka panjang antara mereka dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC, dan juga Liverpool FC untuk membawa kehebatan teknologi AI ke dalam kedua-dua pasukan tersebut.

Arsenal 🤝 @GoogleUK: a match made in heaven 🤳

Get closer to the Gunners with Google Pixel 👇 #TeamPixel

— Arsenal (@Arsenal) August 9, 2023

Melalui kerjasama ini, Google Pixel akan memfokuskan pada memanfaatkan kekuatan teknologi AI yang dimiliki oleh syarikat itu untuk menghasilkan kandungan yang lebih mengujakan, kandungan berkisarkan kelab gergasi Arsenal dan Liverpool kepada peminat masing-masing. Kandungan yang diperkasa AI ini pastinya akan memberikan perspektif lebih segar yang tak pernah mereka lihat sebelum ini.



We have announced a new long-term partnership with Google Pixel to become the club’s Official Mobile Phone Partner, and will use AI-powered technology to bring Reds even closer to the game they love, @GoogleUK 🙌

— Liverpool FC (@LFC) August 9, 2023

Antara yang bakal disajikan adalah seperti temubual dalam bilik persalinan sewaktu hari perlawanan ataupun perkongsian harian yang dirakam menggunakan Google Pixel. Satu kumpulan pencipta kandungan akan menghasilkan kandungan dalam siri “Pitchside, Presented by Pixel” akan bergerak menelusuri selok belok kelab itu mencari kandungan-kandungan yang menarik untuk dikongsikan terutamanya tentang pasukan wanita kedua-dua pasukan itu.

Hal ini kerana, Google Pixel ingin turut memberikan penekanan terhadap kandungan bola sepak wanita bagi merapatkan jurang antara pasukan itu dengan pasukan lelaki dalam menyuntik insiprasi buat wanita-wanita di luar sana. Peminat boleh turut menonton kandungan melibatkan pasukan bola sepak wanita di Anfield dan Emirates London sepanjang Women’s Super League dan Premier League.



Sumber: Google

Bacaan berkaitan

Google lancarkan siri Pixel 7, banyak naik taraf tapi harga masih sama seperti Pixel 6

Rupa paras Google Pixel 8 Pro didedahkan, boleh ukur suhu badan

Google Pixel Tablet hadir dengan dok speaker, lebih hebat daripada tablet biasa

Tags: arsenalarsenal fcGooglegoogle pixelliverpool
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Google Pixel kini rakan telefon rasmi Arsenal dan Liverpool

Google Pixel kini rakan telefon rasmi Arsenal dan Liverpool

14 August 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER