• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pemilik kedai minta maaf siar kandungan Astro tanpa kebenaran, berjanji langgan secara sah

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 14/08/2023
  • Komen
Pemilik kedai minta maaf siar kandungan Astro tanpa kebenaran, berjanji langgan secara sah
Share on FacebookShare on Twitter

Penyiar kandungan tempatan dan antarabangsa di Malaysia, Astro telah berjaya dalam tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang dua premis menyiarkan kandungan Astro disiarkan tanpa kebenaran atau lesen daripada Astro. Pemilik premis tersebut menayangkan dan menunjukkan kandungan Astro ber hakcipta kepada orang ramai, melanggar hakcipta menurut Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987.

Dua premis tersebut, Restoran Jamal Mohamed & Sheriff di Petaling Jaya dan SDP Bistro di Taman Molek, Johor Bahru, pemiliknya telah mengaku melakukan kesalahan tersebut dan berhenti menayangkan kandungan tersebut. Mereka juga telah berjanji untuk melanggan Astro secara sah.



Dalam kes yang berbeza, pemilik Scotsman Yakatori Bar di Petaling Jaya telah memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kandungan Astro tanpa kebenaran, setelah diberikan surat perintah henti. Pemiliknya, Robataya Sdn. Bhd. telah membuat perjanjian penyelesaian bersama Astro setelah mengaku bersalah dan juga berjanji melanggan Astro secara sah.

Tahun lepas, Astro telah berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk menghalang premis di Kuala Lumpur dari menayangkan kandungan sukan termasuk Liga Perdana Inggeris kepada khalayak ramai tanpa lesen yang sah. Menurut Astro, ia menjadi duluan bahawa adalah haram untuk premis komersial menayangkan kandungan daripada sumber yang tidak sah termasuk siaran Astro tanpa lesen.



Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong: “Kami menerima hasil-hasil yang positif daripada tuntutan mahkamah terhadap syarikat-syarikat komersial yang telah strim dan menayangkan kandungan tanpa kebenaran secara haram kepada para pelanggan mereka. Kami ingin menunjukkan kesungguhan kami dengan mesej yang kuat ini bahawa tindakan keras akan diambil terhadap sesiapa yang didapati bersalah. Cetak rompak memberi impak terhadap kemampuan kami dalam memberi khidmat kepada para peminat kandungan kami serta mengurangkan keupayaan kami untuk melabur dalam sukan premium untuk rakyat Malaysia.”

“Cetak rompak memberi impak terhadap seluruh industri kandungan dan menjejaskan ekonomi Malaysia. Kami akan terus melindungi perniagaan Astro dan ribuan pelanggan sah kami daripada mereka yang membuat keuntungan menerusi cetak rompak. Kami komited untuk berkerja secara rapat dengan pihak berkuasa, ahli-ahli industri serta pihak berkepentingan dalam memerangi kecurian ini,” sambung Tai.

Untuk premis perniagaan, Astro mengenakan pelan yang berbeza daripada pelan pengguna. Laman web Astro BizFibre menunjukkan tawaran termurah mereka bermula dari RM1,292.40/bulan untuk pek Elite, menyediakan 49 saluran termasuk 17 saluran sukan.

Jika premis mahu menayangkan siaran langsung Liga Malaysia dan Liga Perdana Inggeris, pek VIP menawarkannya dari RM2,047.11/bulan. Pek VIP Plus pula menyediakan semua kandungan sukan dengan harga dari RM2,990.51/bulan.

[Sumber: Astro]

Bacaan Berkaitan

  • Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah
  • Peniaga boleh melanggan Astro Fibre dan pek TV dari serendah RM1,412 sebulan
  • Tonton Liga Perdana Inggeris di TV lebih murah & tanpa kontrak dengan Sooka
Tags: astro
Najib

Najib

POPULAR

Pemilik kedai minta maaf siar kandungan Astro tanpa kebenaran, berjanji langgan secara sah

Pemilik kedai minta maaf siar kandungan Astro tanpa kebenaran, berjanji langgan secara sah

14 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER