• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Portal Fraud Kebangsaan dibangunkan untuk mudahkan orang ramai semak akaun bank scammer

  • OLEH Najib
  • 6:44 pm
  • 05/09/2023
  • Komen
Portal Fraud Kebangsaan dibangunkan untuk mudahkan orang ramai semak akaun bank scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mengekang aktiviti penipuan dalam negara, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mewujudkan Portal Fraud Kebangsaan yang akan memaparkan maklumat akaun bank yang disyaki terbabit dalam jenayah penipuan kewangan di negara ini. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar, dalam Bengkel Jenayah Kewangan bersama Media, di Lanai Kijang hari ini.

BNM ketika ini sedang bekerjasama institusi perbankan negara untuk mewujudkan portal berkenaan, yang dijangka akan dilancarkan pertengahan tahun depan. Kewujudan portal itu adalah dua perkara yang sedang diusahakan BNM untuk mengurangkan lagi kegiatan jenayah kewangan yang dikesan semakin membimbangkan.



Dua perkara tersebut adalah, kerjasama dengan bank-bank untuk mengesan dan menjejak dana mangsa yang terbabit, secara automatik. Ini bagi memastikan wang yang ditipu itu tidak hilang. Kedua adalah kerjasama untuk mewujudkan ‘National Fraud Portal’ yang akan membantu semua pihak khususnya bank untuk mengukuhkan sistem yang ada. Ini juga untuk ‘melawan’ kewujudan keldai-keldai akaun (mule accounts) yang menjadi alat kepada jenayah kewangan, terang Marzunisham.

Portal Fraud Kebangsaan oleh BNM ini akan berbeza dengan portal pencegahan jenayah kewangan lain, kerana ia akan memiliki sistem untuk menganalisis akaun bank yang mencurigakan. Sistem ini akan dapat mengesan kemungkinan sesebuah akaun yang akan menjadi ‘mule’ dan digunakan untuk melakukan penipuan kepada mangsa.



Di masa hadapan, ia bakal mengadaptasi teknologi terbaharu untuk mengesan akaun-akaun yang berpotensi digunakan oleh penjenayah. Ia membolehkan pencegahan dilakukan lebih awal, sekali gus membantu mangsa mendapatkan semula wang yang ditipu.

Marzunisham menambah, penipuan menggunakan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi salah satu strategi kumpulan penipuan kewangan pada masa hadapan. Teknologi akan sentiasa berubah termasuklah kehadiran AI yang akan memberikan kesan positif pada masa hadapan. Malangnya di sebalik itu, ia juga akan digunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan perkara-perkara yang memudaratkan. BNM perlu sentiasa bersedia dengan apa juga situasi yang berpotensi pada masa hadapan termasuklah penggunaan AI sebagai alat oleh penjenayah kewangan.

Sementara itu, pengguna atau sesiapa yang merasakan diri mereka telah ditipu, boleh menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dalam tempooh 24 jam penipuan berlaku, untuk menyekat pengaliran wang. Tahun lepas, NSRC berjaya menyelamatkan RM1.4 juta wang rakyat yang telah ditipu scammer.

[Sumber: Berita Harian]

Bacaan Berkaitan

  • Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
  • NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas
  • Bajet 2023: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ditubuh bulan ini sebagai pusat sehenti menentang scammer
  • Maxis umum halang SMS mengandungi URL bermula 2 Mei 2023
Tags: bnmPortal Fraud KebangsaanSCAM
Najib

Najib

POPULAR

Portal Fraud Kebangsaan dibangunkan untuk mudahkan orang ramai semak akaun bank scammer

Portal Fraud Kebangsaan dibangunkan untuk mudahkan orang ramai semak akaun bank scammer

5 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER