[Artikel ini dibawakan oleh Maxis]
Setelah memuktamadkan perjanjian akses 5G, pelanggan Maxis kini dapat menikmati rangkaian 4G dan 5G yang meluas dengan lebih pantas dan lancar. Tidak kira di bandar atau desa, Maxis kini menawarkan pelan terbaik dengan menyediakan bonus data 5G serta telefon pintar 5G yang mudah dimiliki.
Pelan 5G dengan data bonus PERCUMA
Pelanggan Maxis kini dapat menikmati pelan pascabayar yang lebih bernilai. Maxis telah menaik taraf pelan pascabayar ataupun pelan postpaid dengan akses 5G bersama data berganda-ganda. Bermula dari RM79/bulan, pelanggan Maxis menerima data 4G/5G sebanyak 80GB, serta bonus data 5G ditambah lagi 40GB. Bermakna, ada 120GB data yang boleh digunakan. Di samping itu, pelanggan juga menikmati panggilan dan SMS ke semua talian tempatan tanpa had.
Jika perlukan lebih banyak data, Maxis menyediakan pelbagai tahap pelan yang boleh dilanggan iaitu Postpaid 109 berharga RM109/bulan dengan data 4G/5G 100GB dan bonus data 5G 50GB, berjumlah 150GB. Postpaid 139 berharga RM139/bulan pula memberikan data 4G/5G 120GB dan bonus data 5G 60GB, menjadikan jumlah data kepada 180GB.
Kemudian, pelan Postpaid 169 berharga RM169/bulan ada kuota data 4G/5G 150GB dan bonus data 5G 75GB, menyediakan sebanyak 225GB data. Paling banyak adalah pelan Postpaid 199 berharga RM199/bulan pula, datang bersama data 4G/5G 200GB dan bonus data 5G 100GB, berjumlah 300GB data untuk digunakan.
Talian Kongsi dengan akses 5G PERCUMA
Lebih menjimatkan apabila anda melanggan talian kongsi menerusi pelan Postpaid Share 48. Selain panggilan dan SMS tanpa had, talian kongsi berharga RM48/bulan ini datang bersama 30GB data 4G/5G yang boleh digabungkan bersama kuota talian utama. Malah, tiada caj akses 5G dikenakan untuk talian kongsi.
Had talian kongsi dikenakan berbeza mengikut pelan talian utama. Untuk pelanggan pelan Postpaid 109, boleh menambah satu talian kongsi Postpaid Share 48. Bagi pelan Postpaid 139 dua talian dan pelan Postpaid 169 pula tiga talian. Pelan Postpaid 199 paling banyak, sehingga 4 talian kongsi boleh dilanggan.
Telefon pintar 5G PERCUMA
Tidak lengkap pengalaman 5G anda jika tiada telefon pintar 5G. Tetapi tidak perlu risau kerana Maxis menyediakan pilihan telefon pintar 5G yang mudah dimiliki. Malah ada yang percuma, dengan kontrak pelan selama 24-bulan.
Dengan pelan Postpaid 79, pelanggan boleh memilih telefon 5G percuma antara Vivo Y36 5G (RRP RM1,099), Galaxy A14 5G (RRP RM949) atau Realme 11 5G (RRP RM1,199). Pelan Postpaid 109 pula memberi pilihan antara Oppo A78 5G (RRP RM1,099) atau Honor 90 Lite 5G (RRP RM1,099).
Bagi pelanggan pelan Postpaid 139, boleh mendapatkan antara Vivo Y78 5G (RRP RM1,399) atau Galaxy A34 5G (RRP RM1,599). Pelan Postpaid 169 pula menyediakan telefon Oppo Reno 10 5G (RRP RM1,799) dan Galaxy A54 5G (RRP RM1,899). Pelan Postpaid 199 ada pilihan terbaik, Honor 90 5G (RRP RM2,099).
Banyak betul pilihan telefon 5G yang Maxis sediakan untuk pelanggan, malah percuma pula.
Tunggu apa lagi, beralihlah ke pelan pascabayar Maxis sekarang yang menawarkan data bonus data 5G percuma, akses 5G percuma bagi semua talian kongsi dan telefon pintar 5G mudah dimiliki. Anda boleh mendaftarnya secara percuma atas talian di laman web Maxis atau mengunjungi cawangan Maxis berhampiran. Bagi pelanggan sedia ada, boleh naik taraf dengan mudah atau dapatkan akses 5G melalui aplikasi Maxis. Untuk maklumat lanjut, layari laman Maxis Postpaid.