• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Telefon rahmah Honor 90 Lite vs Realme 11 5G, mana lebih baik?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:07 pm
  • 19/09/2023
  • Komen
Telefon rahmah Honor 90 Lite vs Realme 11 5G, mana lebih baik?
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu kerajaan mula perkenalkan pakej 5G Rahmah, telco ada tawarkan beberapa pilihan telefon dan Honor 90 Lite adalah salah satu daripadanya. Tetapi ada satu lagi telefon bagus bersaing dalam kelas yang sama yang baru sahaja dilancar tetapi masih belum ada dalam tawaran mana-mana telco untuk pakej 5G Rahmah. Ia adalah Realme 11 5G. Kalau telco mula tawarkan Realme 11 5G dalam pakej rahmah, antara ia dengan Honor 90 Lite mana lagi bagus? Di sini saya akan terangkan.

Anda juga boleh lihat penerangan kami tentang Honor 90 Lite vs Realme 11 5G di YouTube.



Atas papan utama, kedua-dua Honor 90 Lite dan Realme 11 5G menggunakan cip yang ada kuasa lebih kurang sama keluaran MediaTek di mana Honor menggunakan cip Dimensity 6020, manakala Realme pula menggunakan cip Dimensity 6100 Plus. Kedua-dua cip ini bagus untuk main game ringan atau buat kerja harian.

Honor 90 Lite

Namun, satu perkara yang Honor 90 Lite mempunyai kelebihan adalah pada bahagian kamera. Honor 90 Lite memiliki tetapan tri kamera dengan kamera utama 100MP, kamera makro 2MP dan kamera ultralebar 5MP. Realme pula tiada kamera ultra lebar, tapi bukan bermakna sistem kameranya lemah. Realme 11 ada kamera 108MP lebih besar. Ia boleh zum lossless 3 kali, serta ia ada kamera depth 2MP.



Realme 11 5G

Jika dilihat pada bahagian bateri dan pengecasan pula, Realme 11 5G memang mendahului Honor 90 Lite sebab ia ada bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W. Honor cuma mempunyai bateri 4,500mAh dan pengecasan sampai 22.5W sahaja. Bukan sahaja bateri lagi kecil, malah cas pun lagi perlahan.

Honor 90 Lite
Realme 11 5G

Untuk bahagian skrin, kedua-duanya menggunakan panel IPS LCD berukuran 6.7 inci, tetapi Realme ada kadar penyegaran lebih pantas pada 120Hz, dan Honor sampai 90Hz sahaja. Speaker yang ada pada kedua-dua telefon ini hanya mono. Tetapi, seperkara yang membuatkan Realme 11 5G ini lagi bagus adalah ia ada slot MicroSD untuk luaskan storan, manakala Honor tiada.

Bagi pasaran Malaysia, kedua-dua telefon ini tersedia dalam satu konfigurasi yang sama iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Untuk konfigurasi itu, Realme dijual di Malaysia dengan harga RM1,199, leibh mahal RM100 daripada Honor yang berharga RM1,099.

Secara keseluruhan, Pada pendapat saya, Realme 11 5G merupakan pilihan yang lebih baik kerana ia menawarkan ciri lebih banyak seperti skrin lagi cepat, bateri lebih besar, pengecasan pantas dan ada slot MicroSD. Kekurangannya cuma pada kamera ultralebar sahaja. Tetapi sekurang-kurangnya ia ada kamera 108MP yang lagi besar yang boleh zum lossless 3 kali.

Kalau anda berminat untuk dapatkan Realme 11 5G, anda boleh layari gedung rasmi Realme di Shopee dan Lazada, atau Honor 90 Lite di gedung rasmi mereka juga di Shopee dan Lazada. Atau anda juga boleh semak penawaran telco untuk pakej 5G Rahmah di sini.

Tags: honorhonor 90 litepakej 5g rahmahRealmeRealme 11 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Telefon rahmah Honor 90 Lite vs Realme 11 5G, mana lebih baik?

Telefon rahmah Honor 90 Lite vs Realme 11 5G, mana lebih baik?

19 September 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER