• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla Cyberjaya: Ini pandangan awal ibupejabat Tesla Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:28 am
  • 21/09/2023
  • Komen
Tesla Cyberjaya: Ini pandangan awal ibupejabat Tesla Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla Malaysia membuat kemunculan sulung di Malaysia menerusi Hari Temuduga Terbuka yang diadakan di Cyberjaya pada bulan Jun lepas. Sebulan kemudian, ia melancarkan Tesla Model Y, kereta elektrik pertama mereka di Malaysia. Tesla juga telah menyebut akan menubuhkan ibu pejabat dan pusat perkhidmatannya di Cyberjaya, Selangor untuk semua operasi korporat, pemasaran, latihan, aktiviti sokongan pelanggan dan perkhidmatan kenderaan.

Kini lokasi ibupejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya telah diketahui dengan jelas, menerusi papan tanda yang besar. Ia terletak di dalam kawasan Global Solution Center, bertempat di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Di kawasan ini juga terletaknya syarikat teknologi gergasi lain seperti Tech mahindra dan NTT Data Services.



Kami telah melawat kawasan tersebut pada waktu malam untuk melihat dengan lebih dekat apa yang terdapat di dalam pejabat. Bagaimanapun, ia masih kosong dan masih jauh dari siap untuk digunakan.

Tinggal 10-hari lagi sebelum bulan September melabuhkan tirainya. Bulan lepas, Elon Musk dilaporkan akan datang ke Malaysia untuk bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini. Anwar mengatakan, beliau telah dijemput oleh Elon untuk hadir ke majlis perasmian ini. Dalam satu temuramah lain, PM menyebut ibupejabat Tesla akan dibuka pada akhir Oktober atau awal November.



Tesla telah membuka beberapa pejabat cawangan di seluruh Asia, antaranya di Taipei, Seoul, Tokyo, Hong Kong, dan Beijing, seperti yang disenaraikan di laman web Tesla Malaysia. Bagaimanapun, ia masih tidak menyenaraikan cawangan Cyberjaya lagi.

Selain pejabat di Cyberjaya, Tesla Malaysia juga sedang dalam proses membangunkan pusat jualan pertama mereka di Pavilion Damansara Heights Mall. Ia masih belum disahkan oleh Tesla walaupun kami telah menghubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagaimanapun, pusat beli-belah tersebut akan dibuka kepada orang ramai pada 8 Oktober 2023.

Bacaan Berkaitan

  • Tesla rasmi di Malaysia: Ini info Model Y dan beberapa berita baik lain
  • Apa yang terjadi di Hari Temuduga Terbuka Tesla Malaysia?
  • Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu
Tags: EV MalaysiaTeslaTesla Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tesla Cyberjaya: Ini pandangan awal ibupejabat Tesla Malaysia

Tesla Cyberjaya: Ini pandangan awal ibupejabat Tesla Malaysia

21 September 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN