• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Laptop Studio 2 for Business: Laptop 2-dalam-1 berkuasa tinggi khas untuk pencipta kandungan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 22/09/2023
  • Komen
Surface Laptop Studio 2 for Business: Laptop 2-dalam-1 berkuasa tinggi khas untuk pencipta kandungan
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft telah memperkemas barisan Surface for Business mereka dengan penawaran beberapa produk baharu. Berikut adalah senarai produk-produk tersebut:

  • Surface Laptop Studio 2 for Business
  • Surface Laptop Go 3 for Business
  • Surface Go 4 for Business

Perlu diingatkan yang produk Surface for Business biasanya lebih mahal daripada versi komersial biasa. Antara perbezaan versi perniagaan berbanding versi komersial adalah ia menjalankan sistem operasi Windows versi Pro berbanding versi Home.



Spesifikasi Surface Laptop Studio 2 for Business

Surface Laptop Studio 2 adalah laptop 2-dalam-1 yang unik. Selain daripada menjadi laptop konvensional, ia juga boleh jadi tablet tapi cara lipatannya menyebabkan bahagian papan kekunci kekal tersembunyi dan tidak menghadap permukaan meja bila berada dalam mode tablet.

Surface Laptop Studio 2 ada paparan 14.4” PixelSense Flow beresolusi 2400 x 1600 (120Hz). Paparannya hampir menyamai segi empat dalam nisbah 3:2 Panel paparan ini peka sentuhan, sokong HDR 400, dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5. Panel paparan ini diirngi oleh sistem audio kuadspeaker berteknologi Dolby Atmos.



Atas papan utama, komputer ini diperkasa cip Intel Core i7-13700H. CPU ini bergandingan dengan beberapa jenis GPU, mengikut pada konfigurasi. Variasi asas ia gunakan Intel Iris Xe manakala variasi yang lebih premium diperkasa sama ada RTX 2000, RTX 4050, ataupun RTX 4060.

Pilihan RAM dan storan juga ada beberapa tapi tidak dinyatakan secara khusus apakah pilihan yang ada kecuali untuk RAM, Surface Laptop Studio 2 datang dengan 16GB, 32GB ataupun 64GB manakala untuk storan, ia ada pilihan 512GB, 1TB, dan 2TB malah, storan ini boleh ditanggal untuk dinaik taraf di kemudian hari.

Surface Laptop Studio 2 dilengkapi sistem bateri berkapasiti 58Wh dengan hayat bateri dilapor sehingga 19 jam lamanya bergantung kepada konfigurasi. Variasi paling premium iaitu yang ada storan 2TB dan kad grafik RTX 4060 boleh beroperasi sehingga 16 jam berbekalkan satu bateir penuh.

Sebanyak dua port USB-C disediakan untuk kemudahan pengguna dan kedua-duanya menyokong Thunderbolt 4, DisplayPort, serta Power Delivery. Ada juga USB-A 3.1 untuk perpindahan data disamping pembaca kad mikro-SD dan jek audio 3.5mm. Untuk memperlengkap ciri 2-dalam-1 miliknya, Surface Pen 2 turut diberikan dan ia menggunakan Microsoft Pen Protocol (MPP) dalam memberikan input kepada tablet.

Harga Surface Laptop Studio 2 for Business tidak diumumkan. Sebaliknya versi komersialnya telah dibuka tempahan pembeliannya dalam pasaran A.S pada harga serendah USD2,000 (RM9,378) hingga USD3,800 (RM17,818). Varian paling rendah adalah yang ada RAM 16GB, storan 512GB, dan kad grafik Intel Iris Xe manakala varian paling premium dilengkapi RAM 64GB, storan 2TB, dan kad grafik RTX4060.

Sebagai perbandingan, Surface Laptop Studio 1 dijual di Malaysia dalam julat harga RM7,399 hingga RM11,999.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: MicrosoftMicrosoft SurfaceMicrosoft Surface Laptopmicrosoft surface studio 2Surface
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Surface Laptop Studio 2 for Business: Laptop 2-dalam-1 berkuasa tinggi khas untuk pencipta kandungan

Surface Laptop Studio 2 for Business: Laptop 2-dalam-1 berkuasa tinggi khas untuk pencipta kandungan

22 September 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

16 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER