Di Malaysia, terdapat pelbagai tablet yang boleh didapatkan orang ramai sesuai untuk kegunaan menonton filem ataupun main game. Tapi tidak banyak yang sesuai digunakan untuk melukis apatah lagi sokong pen stylus dan ciri palm rejection.
Dalam artikel ini saya akan senaraikan tablet terbaik yang anda boleh beli sekarang, sesuai untuk melukis dari harga murah hinggalah ke mahal. Anda juga boleh tonton video kami di YouTube.
1. Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022
Kita mulakan dengan tablet paling murah dalam senarai iaitu Samsung Galaxy Tab S6 Lite yang berharga RM1,299. Ia sesuai untuk melukis kerana didatangkan dengan sokongan S Pen, serta S Pen turut disertakan sekali dalam kotak. Jadi tidak perlu lagi keluarkan kos untuk beli.
Cip yang digunakan cukup berkuasa Snapdragon 732G dan ia ada skrin berukuran 10.4 inci yang cukup besar untuk bolehkan anda lukis dengan selesa. Skrinnya ada ciri palm rejection untuk jadikan sentuhan tapak tangan tidak dikira sebagai sentuhan masa melukis.
Tapi kalau anda mahukan tablet lagi besar dan harga bukan satu masalah, anda boleh dapatkan Galaxy Tab S9, S9+ atau S9 Plus. Cip lebih baik dan ada skrin lebih besar.
Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2022 boleh didapatkan di Lazada dan Shopee.
2. Xiaomi Pad 6
Tablet Xiaomi Pad 6 ini paling baru dilancar dan harganya bermula RM1299. Salah satu perkara yang membuatkan ia sesuai untuk melukis adalah kerana memiliki sokongan Xiaomi Smart pen. Lebih menarik, pen stylus itu juga ada kependaman ultra rendah berikan pengalaman melukis yang lebih lancar.
Skrinnya ada ciri palm rejection apabila disambungkan dengan stylus, dan skrinnya berukuran 11 inci jadikan pengalaman melukis lebih seronok. Tambah pula kadar penyegaran pada 144Hz, memang dapat menambah baik pengalaman melukis.
Kalau pen tidak digunakan, ia boleh diletakkan di sisi tablet secara magnetik untuk mengecas semula pen. Untuk cip, ia menggunakan kuasa Snapdragon 870 yang ada prestasi tinggi. Tetapi anda perlu tahu yang Xiaomi Smart Pen dijual berasingan pada harga RM399.
Anda boleh dapatkan Xiaomi Pad 6 di Lazada dan Shopee. Xiaomi Smart Pen boleh dapatkan di sini.
3. Realme Pad X
Ketiga adalah Realme Pad X yang berharga RM1,699 di Malaysia. Ia memiliki skrin yang cukup besar untuk melukis berukuran 10.95 inci. Terdapat juga sokongan pen stylus Realme Pencil dan skrinnya ada Kadar Pensampelan Sentuh pada 240Hz. Pencil Realme boleh di cas secara magnetik di sisi tablet.
Jika digunakan bersama Realme Pencil, tablet ini boleh aktifkan palm rejection untuk mudahkan anda melukis. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 695 5G. Jadi anda sememangnya tidak akan kecewa dengan prestasi yang tablet ini ada. Walau bagaimanapun, Realme pencil ini sukar untuk dicari dan didapatkan. Malah, di Shopee dan Lazada pun tidak dijual. Mungkin perlu ke kedai untuk tanya jika ada stok.
Anda boleh dapatkan Realme Pad X di Lazada dan Shopee.
4. Huawei MatePad Pro 11 WiFi
Seterusnya adalah Huawei MatePad Pro 11 WiFi yang berharga RM2,999. Skrinnya berukuran 11 inci dan memiliki kadar penyegaran 120Hz. Tapi yang menariknya, skrin ini menggunakan panel OLED menjadikan warna yang dihasilkan lebih tepat, yang mana penting untuk melukis.
Selain itu, skrinnya juga memiliki sokongan pen stylus Huawei M Pencil yang ada kependaman rendah. Tapi, jika anda mahukan Huawei M Pencil ini, anda perlu beli berasingan pada harga RM399 kerana pen tidak disertakan dalam kotak.
Menggabungkan pencil dengan skrin 120Hz, ia akan beri respon pada skrin dengan tepat. Menambah baik pengalaman melukis adalah ia dilengkapi dengan palm rejection bolehkan anda rehatkan tapak tangan dengan selesa. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 888 berikan prestasi yang lebih tinggi.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee. Kalau berminat dengan Huawei M Pencil dapatkannya di sini.
5. iPad Pro 11 inch 2022
Akhir sekali, paling mahal dan paling hebat dalam senarai adalah iPad Pro 11-inch 2022. Pada harga bermula RM3,899, anda akan dapat skrin 11-inci yang menggunakan panel IPS LCD Liquid Retina.
Nak melukis amat sesuai di iPad ini kerana skrinnya ada warna yang cantik serta didatangkan dengan ProMotion iaitu kadar penyegaran 120Hz. Prestasi iPad Pro ini antara yang terbaik kerana menggunakan cip Apple M2 yang setaraf dengan prestasi di laptop.
Untuk melukis, ia sokong Apple pencil gen-2 dan juga ada palm rejection. Jika pen tidak digunakan, ia boleh dilekat di atas iPad secara magnetik yang turut berfungsi untuk mengecas. Walaupun sudah cukup mahal, Apple masih tidak berikan Apple pencil dalam kotak. Kalau nak beli perlu tambah RM599.
Anda boleh dapatkan iPad Pro 11-inci Lazada dan Shopee. Kalau anda mahukan Apple Pencil Gen 2 boleh dapatkannya di sini.