• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

11 lebuhraya mula guna Sistem Pembayaran Terbuka, Jambatan Pulau Pinang akan laksana kemudian

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 29/09/2023
  • Komen
Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna lebuhraya kini boleh membuat bayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit apabila Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilaksanakan secara rasmi hari ini. Kaedah pembayaran ini memberi alternatif kepada pengguna lebuhraya untuk membayar selain menggunakan kad Touch n Go, Smart Tag dan RFID.

Pelaksanaan SPT kini melibatkan 11 lebuhraya di Malaysia iaitu:



  1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  3. Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  4. Terowong SMART
  5. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  6. Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)
  7. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  8. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  9. Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
  10. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  11. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

#MyJalan #Kamidisini #KearahKesejahteraanRakyat

Bermula 29 September 2023, pengguna kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh membuat bayaran tol secara terbuka di 11 lebuhraya berikut : pic.twitter.com/G02t4ZAdl5

— Kementerian Kerja Raya Malaysia (@moworksmy) September 29, 2023

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, berkata, “Objektif kita adalah untuk mudahkan pengguna membuat pilihan sebab sebelum ini hanya ada satu dua sistem sahaja dan mungkin adakalanya kad yang kita ada baki tidak mencukupi. Jadi sekarang pengguna ada pilihan lain untuk menggunakan SPT, ini juga adalah langkah awal dalam melaksanakan aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) kelak.”

Pada awalnya, 12 lebuhraya telah bersetuju melaksanakan SPT tetapi Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka hanya akan memulakan sistem SPT hujung tahun ini, bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi.



“Pengurusan PLUS Malaysia Berhad telah diminta untuk menyegerakan pelaksanaan SPT ini agar pengguna JPP dapat menggunakannya pada penghujung tahun ini,” katanya.

Dengan SPT, pengguna bukan sahaja boleh membayar tol menggunakan kad debit atau kredit, tetapi membuka ruang untuk pembayaran menggunakan telefon pintar dan jam pintar menerusi Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay. Masa yang diambil juga tidak terlalu berbanding kad Touch n Go. Kami telah mencubanya dan berkongsi pengalaman di dalam video di bawah:

Bacaan Berkaitan

  • GCE dan AKLEH buka laluan SPT untuk pembayaran tol guna kad kredit/debit
  • Lebuhraya DUKE terima pembayaran kad kredit dan debit bermula 28 Ogos
  • Lebuhraya KESAS dan terowong SMART mula uji pembayaran tol dengan kad debit dan kredit
  • Tol LDP dan SPRINT mula terima kad debit dan kredit, uji Sistem Pembayaran Terbuka
  • Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?
Tags: Alexander Nanta LinggikkmSPT
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?

11 lebuhraya mula guna Sistem Pembayaran Terbuka, Jambatan Pulau Pinang akan laksana kemudian

29 September 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER