• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda sanggup bayar RM244.90 untuk Resident Evil 4 di skrin 6.7” iPhone 15 Pro Max?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:43 am
  • 30/09/2023
  • Komen
Anda sanggup bayar RM244.90 untuk Resident Evil 4 di skrin 6.7” iPhone 15 Pro Max?
Share on FacebookShare on Twitter

Salain daripada USB-C, iPhone 15 Pro juga diketengahkan Apple sebagai telefon yang berkeupayaan untuk gaming setara komputer. Antara game AAA yang bakal menemui pengguna adalah seperti Resident Evil Village, Resident Evil 4, Death Stranding, dan Assassin’s Creed Mirage. Bukan setakat anda beroleh grafik yang tinggi pada skrin 6.1”/6.7” anda juga mungkin perlu bayar harga lebih mahal versi PC dan konsol.

Contohnya Resident Evil 4 disenaraikan dalam APP Store pada harga RM244.90, harga yang sama di Steam dan PS5. Itu masih belum anda ambil kira mikrotransaksi antara RM11.99 hingga RM40.99 untuk percepatkan pengembaraan anda dalam permainan itu.



Pada harga sebegitu, anda masih tidak mempunyai sokongan bermain di skrin besar sepenuhnya. Berdasarkan tinjauan terhadap pengguna yang sudahpun menguji telefon ini sebagai mesin permainan, ia tidak menyokong output dalam nisbah paparan biasa 16:9 sebaliknya hanya mirror.

Contoh terbaik konsol permainan yang ada sokongan paparan sekunder adalah Nintendo Switch. Apabila disambungkan pada monitor, paparan konsol akan terpadam. Bukan sahaja ia menjimatkan bateri, malah ia lebih praktikal kerana skrin telefon boleh berehat daripada memaparkan imej seterusnya memanjangkan hayat panel itu sendiri.



iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max ditunjangi cip Apple A17 Pro yang katanya cip 3nm pertama dalam industri. Antara statistik yang dikongsikan adalah CPU sehingga 10% lebih pantas berbanding sebelumnya manakala GPU sehingga 20% lebih pantas daripada sebelumnya. GPU juga kini menampilkan 6 teras pemproses untuk berikan keupayaan gaming setara ini.

Labih menarik, cip kali ini menyokong Ray-Tracing di peringkat perkakasan yang lebih pantas berbanding menggunakan solusi perisian.

Bacaan berkaitan

iPhone 15 Pro: 5 perkara yang anda perlu tahu

Harga iPhone 15 lebih mahal di Malaysia, boleh ditempah mulai 22 September

iPhone 15 dinaik taraf dengan kamera 48MP zum 2x telefoto, Dynamic Island dan USB-C

Tags: appleiOSiphone 15iphone 15 proiphone 15 pro maxtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Anda sanggup bayar RM244.90 untuk Resident Evil 4 di skrin 6.7” iPhone 15 Pro Max?

Anda sanggup bayar RM244.90 untuk Resident Evil 4 di skrin 6.7” iPhone 15 Pro Max?

30 September 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER