• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Ini caranya anda & rakan boleh menang percutian 4 hari 3 malam dari Samsung bernilai RM50,000

  • OLEH Penaja
  • 7:07 pm
  • 06/10/2023
  • Komen
Ini caranya anda & rakan boleh menang percutian 4 hari 3 malam dari Samsung bernilai RM50,000
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Rakyat Malaysia merupakan salah satu peminat besar negara Korea. Pasti ramai yang mengimpikan percutian ke bandar Seoul, ibu negara Korea. Dengan pelbagai tempat bersejarah untuk dilawati, budaya yang kaya dengan peristiwa dan tarikan bangunan moden serta pencakar langit yang canggih, ia menyajikan pengunjung kenangan yang pastinya mahu dirakam sebagai memori indah.

Tetapi anda boleh menjadikan impian melancong ke Korea sebagai kenyataan, bersama kawan-kawan anda. Ini kerana Samsung sedang mengadakan pertandingan dengan hadiah berupa percutian 4 hari 3 malam ke Seoul untuk sehingga 5 orang, bernilai RM50,000.

Apa yang anda perlu lakukan adalah menyertai cabaran Samsung #FlexYou360 dengan menangkap gambar atau video menggunakan kreativiti bergambar pelbagai sudut dengan telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip5. Sebenarnya ia sangat mudah, malah anda tidak perlu membuat balik kuang jika kena caranya.

Cara untuk menyertai cabaran Samsung #FlexYou360

Perkara paling penting untuk menyertai cabaran Samsung #FlexYou360 adalah mendapatkan ahli Flip Gang. Anda perlu mengumpulkan antara 3 ke 5 orang ahli pasukan termasuk anda, dan semua orang mestilah memiliki telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip5. Pastikan anda memilih ahli terbaik untuk tugasan yang akan dibuat, supaya peluang untuk menang lebih tinggi.

Selepas itu, anda perlu merancang bersama semua ahli satu tarikh yang boleh diluangkan semua dan pergi ke lokasi Galaxy Booth untuk bergambar.

Ini adalah tarikh dan lokasi Galaxy Booth:

Selepas menetapkan masa dan sebelum bertolak atau berada dalam perjalanan, muat turun dahulu aplikasi Flex360 dari Google PlayStore ke dalam Galaxy Z Flip5. Ia dihasilkan eksklusif untuk pengguna di Malaysia. Lebih baik lagi, cuba biasakan diri beberapa hari dengan fungsi aplikasi tersebut supaya boleh digunakan sepenuhnya di lokasi nanti.

Tips bergambar pelbagai sudut

Untuk mengambil gambar pelbagai sudut, tips paling penting adalah menggunakan Galaxy Z Flip5. Rekaannya yang mudah dilipat menjadikan ia boleh dengan sendiri mengambil gambar dalam pelbagai sudut yang tidak pernah dilakukan telefon pintar biasa sebelum ini.

Engsel Galaxy Z Flip5 juga luar biasa kerana ia boleh ditegakkan ke pelbagai sudut yang anda mahu, tidak setakat 45-darjah atau 135-darjah sahaja. Telefon ini bukan sahaja boleh berdiri sendiri untuk mengambil gambar, tetapi boleh disangkut ke atas almari atau apa sahaja. Lihat betapa kreatifnya rakan kami meletakkan Galaxy Z Flip 5 di merata tempat untuk mengambil gambar.

Dengannya, kami berjaya menangkap beberapa gambar menarik pelbagai sudut. Dengan Galaxy Z Flip5, anda boleh mengambil gambar dari sudut yang mustahil dibuat dengan telefon pintar biasa sebelum ini.

Selepas gembira dengan semua hasil gambar yang ditangkap, aplikasi Flex360 akan menukarkan gambar-gambar tadi kepada sebuah video artistik secara automatik. Tunggu sehingga ia selesai dan video dihasilkan.

Dengan video artistik tersebut, muat naik ke akaun TikTok atau Instagram anda bersama tanda pagar #FlexYou360 #GalaxyZFlip5. Pastikan juga akaun anda ditetapkan ke ‘Public’ dan tag serta follow @samsungmalaysia supaya Samsung Malaysia boleh melihat dan menghayati hasil kerja anda.

Akhir sekali dan jangan lupa, daftar penyertaan anda di laman web #FlexYou360 Challenge. Masukkan semua butir peribadi yang dikehendaki bersama akaun media sosial yang berkenaan, selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2023. Tekan ‘submit’ dan berdoa semoga usaha anda menemui kejayaan.

Nama pemenang akan diumumkan oleh Samsung Malaysia menerusi media sosial pada 15 November 2023. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cabaran ini, layari laman web #FlexYou360 Challenge.

Tags: Galaxy Z Flip 5penajasamsung
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Ini caranya anda & rakan boleh menang percutian 4 hari 3 malam dari Samsung bernilai RM50,000

Ini caranya anda & rakan boleh menang percutian 4 hari 3 malam dari Samsung bernilai RM50,000

6 October 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER