• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Logitech Wave Keys, papan kekunci ergonomik, resepi pekerja cemerlang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:15 pm
  • 12/10/2023
  • Komen
Logitech Wave Keys, papan kekunci ergonomik, resepi pekerja cemerlang
Share on FacebookShare on Twitter

Pekerja pejabat yang habiskan masa di kubikal perlu pertimbangkan papan kekunci yang selesa. Logitech mungkin ada jawapannya kerana mereka baru saja lancarkan Wave Keys, papan kekunci yang dibangunkan dengan fokus diberikan pada tahap ergonomik maksimum.

Pengguna papan kekunci ini katanya akan merasai nikmat menaip yang unik.



Ada pelbagai proses saintifik berlaku disebalik produk ini tapi itu biarlah penyelidik yang selesaikannya. Di pihak pengguna, kita boleh lihat rekaan papan kekunci dengan hamparan kekunci melengkung dan beralun, sama seperti namanya Wave Keys.

Terdapat juga bahagian yang berlunjur keluar, tempat anda meletakkan tapak tangan sewaktu menaip. Ia diperbuat daripada busa memori berbalut fabrik untuk memaksimumkan keselesaan. Untuk meningkatkan keyakinan anda, Logitech mendapatkan cap pengesahan United States Ergonomics sebagai pihak berautoriti.



Logitech Wave Keys berhubung dengan komputer menggunakan pemancar USB ataupun secara Bluetooth. Ia perlukan 2 bateri AAA untuk beroperasi dan hayat bateri boleh pergi sehingga 36 bulan.

Buat yang berminat untuk dapatkannya, Logitech akan mula tawarkannya pada 13 Oktober 2023 dengan tanda harga RM299. Anda boleh pergi ke gedung dalam talian Logitech di Lazada dan Shopee untuk dapatkannya.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

[REVIU] Logitech MX Anywhere 3S, tetikus yang boleh guna atas mana-mana permukaan tetapi tiada satu butang sangat penting

Logitech G PRO X2 LIGHTSPEED, fon kepala kegemaran gamer untuk kesan lokasi lawan dengan mudah

Logitech lancar konsol mudah alih berasaskan Android pada harga tak masuk akal

Tags: Logitechlogitech wave key
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Logitech Wave Keys, papan kekunci ergonomik, resepi pekerja cemerlang

Logitech Wave Keys, papan kekunci ergonomik, resepi pekerja cemerlang

12 October 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN