• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OpenAI suruh pengguna salah guna AI, siap bagi kredit API USD25,000

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:39 pm
  • 27/10/2023
  • Komen
OpenAI suruh pengguna salah guna AI, siap bagi kredit API USD25,000
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penyelidikan dan pembangun ChatGPT, OpenAI menganjurkan Cabaran Kesiapsiagaan (Preparedness Challenge), yang menawarkan kredit API bernilai USD25,000 kepada 10 penyertaan teratas. 

Pertandingan yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2023 ini, bertujuan untuk mengenal pasti cara baharu dan inovatif untuk mencegah penyalahgunaan AI yang boleh mewujudkan risiko bahaya. 



Dalam pertandingan itu, peserta perlu mempertimbangkan secara hipotesis bagaimana jika OpenAI Whisper (transkripsi), Voice (teks-ke-ucapan), GPT-4V dan DALLE·3 disalahgunakan dengan niat jahat. Kemudian mereka perlu menjelaskan senario ancaman yang boleh berlaku kesan daripada penyalahgunaan itu.

Selain pertandingan itu, OpenAI juga sedang mencari calon untuk menyertai pasukan Kesiapsiagaan mereka dalam kalangan peserta.



Pasukan yang akan dipimpin oleh Aleksander Madry itu, akan membantu menjejak, menilai, meramal dan melindungi pengguna daripada risiko bencana yang merangkumi pelbagai kategori termasuk pujukan individu, keselamatan siber, ancaman kimia, biologi, radiologi dan nuklear serta replikasi dan adaptasi berautonomi (ARA).

Berminat untuk menyertai pertandingan dan pasukan Persediaan OpenAI? Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cabaran Kesiapsiagaan dan pasukan Kesiapsiagaan mereka.

[Sumber:OpenAI]

Tags: aicabaran kesediaanopenai
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

OpenAI suruh pengguna salah guna AI, siap bagi kredit API USD25,000

OpenAI suruh pengguna salah guna AI, siap bagi kredit API USD25,000

27 October 2023
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN