• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengguna Yes 5G boleh guna eSim dan FaceTime di iPhone, kena kemas kini iOS dulu

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:50 pm
  • 30/10/2023
  • Komen
231030 Yes 5G iOS 17.1
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui perkongsian di Facebook Yes 5G, syarikat telekomunikasi itu memaklumkan bahawa rangkaian mereka secara rasminya disokong peranti keluaran Apple, dari iPhone XS dan sehingga model terkini.

Untuk menikmati pengalaman Yes 5G melalui iPhone, pengguna perlu mengemas kini peranti mereka kepada iOS 17.1. Langkah yang perlu dilakukan adalah melalui Tetapan > Umum > Kemas kini perisian > Kemas kini kepada versi iOS terkini.



231030 Yes 5G iOS 17.1

Selepas selesai kemas kini perisian, anda perlu pergi semula ke Tetapan > Perihal. Jika digesa, sila ikuti langkah gesaan untuk mengemas kini kepada penyedia rangkaian terkini.

Dengan langkah di atas, pengguna boleh menggunakan iPhone sepenuhnya seperti eSIM, sokongan FaceTime dan sebagainya. 



Jika iPhone sudah dikemas kini dengan versi iOS 17 yang terkini, paparan untuk kemas kini iOS 17.1 akan muncul. Untuk meneruskan kemas kini ini, pilih Muat turun dan Pasang perisian.

Dalam perkembangan lain, Yes 5G akan melancarkan pelan iPhone 15 dan iPhone 15 Pro pada hari Jumaat, 3 November 2023. Syarikat itu masih merahsiakan harga penuh pelan, namun berdasarkan sedikit petunjuk yang diberikan, pelan ansuran bulanan terendah untuk siri iPhone 15 akan ditawarkan pada harga serendah RM21/bulan, manakala iPhone 15 Pro bermula RM51/bulan.

[Sumber: Facebook Yes.5G]

Tags: 5g malaysiaappleiphoneYESyes 5g
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
231030 Yes 5G iOS 17.1

Pengguna Yes 5G boleh guna eSim dan FaceTime di iPhone, kena kemas kini iOS dulu

30 October 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN