• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Periksa iPhone anda, ada ciri tersembunyi yang boleh tambah baik audio Facetime anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:18 pm
  • 19/05/2022
  • Komen
Periksa iPhone anda, ada ciri tersembunyi yang boleh tambah baik audio Facetime anda
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa berborak dalam panggilan video, pernah tak anda alami masalah seperti kenalan anda susah dengar suara anda dengan jelas dek kerana persekitaran yang bising? Contohnya bising dengan bunyi kereta atau orang ramai. Untuk selesaikannya pula, anda harus jerit atau lari ke lokasi lain yang senyap.

Sebenarnya, jika anda guna iPhone, iPads atau Mac, ada satu cara yang mudah untuk anda tingkatkan kualiti audio anda itu. Contohnya, saya lakukan panggilan video FaceTime dengan latar belakang bunyi kipas yang kuat, tapi dengan ciri ini, bunyi kipas yang bising itu tidak kedengaran dan menjadikan suara saya lebih jelas untuk didengar di dalam panggilan video.



Perkara ini boleh dilakukan melalui ciri yang dikenali sebagai Voice Isolation. Selain itu, ada juga ciri yang membolehkan orang yang sedang dalam panggilan bersama anda mendengar lebih kuat bunyi di latar belakang anda. Ciri ini pula dikenali sebagai Wide Spectrum. Semuanya berfungsi untuk peranti yang menggunakan sistem operasi iOS 15 atau macOS Monterey.

Berikut merupakan model iPhone yang menyokong ciri Voice Isolation dan Wide Spectrum ini:



  • iPhone SE (generasi kedua dan ke atas)
  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max

Untuk mencubanya, anda harus berada di dalam satu panggilan, tidak kiralah sama ada dalam panggilan audio sahaja ataupun video. Kemudian ikut langkah di bawah:

  1. Jika anda gunakan iPhone, anda perlu swipe ke bawah di sudut kanan skrin untuk akses Control Center. Untuk Mac, anda perlu klik sudut kanan atas Mac.
  2. Tekan pilihan Mic Mode di atas kanan
  3. Anda kemudian boleh lihat ada 3 pilihan tersedia. Ia ditetapkan kepada Standard secara default. Kemudian ada dua pilihan lain iaitu Voice Isolation dan Wide Spectrum. Anda boleh klik mana-mana ciri yang anda mahukan.

Berdasarkan pengalaman saya, melalui ciri Voice Isolation, ia menjadikan suara saya lebih jelas ketika bercakap. Maka, rakan saya yang sedang berada dalam panggilan telefon lebih mudah mendengarnya. Malah, kipas yang berpusing di sebelah saya pun tidak didengar oleh rakan saya itu. Manakala Wide Spectrum pula menghasilkan bunyi latar belakang yang kuat dan menenggelamkan suara saya. Anda boleh cuba gunakan kedua-dua ciri ini apabila lakukan panggilan suara.

[Sumber: TheVerge]

Tags: appleios15iphonemacOS Monterey
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER