• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 11 Pro+ vs Redmi Note 12 Pro+, apa beza selain Lonely Planet?

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:32 pm
  • 30/10/2023
  • Komen
Realme 11 Pro+ vs Redmi Note 12 Pro+, apa beza selain Lonely Planet?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme pada September lepas telah melancarkan Realme 11 Pro+. Istimewanya mereka bekerjasama dengan Lonely Planet untuk menawarkan filter dan watermark Lonely Planet, berikan gambar yang diambil kelihatan lebih profesional. Tapi mungkin ada yang keliru dan menganggap Redmi Note 12 Pro+ juga ada ciri Lonely Planet sebab nama kedua-dua telefon ini seakan sama.

Untuk penjelasan, telefon Redmi Note 12 Pro+ atau mana-mana telefon Xiaomi ini tiada ciri Lonely Planet. Ia hanya terdapat di siri Realme Pro sahaja, termasuk Realme 11 Pro dan Pro+, kerana itu kerjasama eksklusif antara Realme dengan Lonely Planet. Namun, kedua-dua telefon Realme 11 Pro+ dan Redmi Note 12 Pro+ ini memiliki spesifikasi yang hampir sama. Selain Lonely Planet, apa beza antara dua ini dan mana satu yang lebih bagus?



Redmi Note 12 Pro+

Dari segi cip, Realme 11 Pro+ diperkasa cip MediaTek Dimensity 7050, Redmi Note 12 Pro+ pula menggunakan MediaTek Dimensity 1080. Kalau anda nak tahu, kedua-dua cip ini sebenarnya sama, cuma nama lain. Ini kerana kedua-dua cip memiliki teras Cortex A78 2.6 GHz yang sama, diperbuat dari proses 6nm sama, dan guna GPU Mali G68 MP4. Cuma terdapat perbezaan pada pemproses neural (NPU) sahaja. Komponen lain semuanya sama. Jadi prestasi dua-dua cip ni tak ada beza.

Realme 11 Pro+

Skrin yang digunakan Realme 11 Pro+ dan Redmi Note 12 Pro+ adalah sama iaitu skrin AMOLED 6.67 inci HD Penuh dengan penyegaran 120hz. Namun, perbezaannya terletak pada rekaan skrin. Realme menggunakan skrin melengkung, manakala Redmi berskrin rata. Apa yang unik pada Realme 11 Pro+, material belakangnya menggunakan kemasan kulit Vegan Leather. Redmi pula gunakan kaca yang biasa.



Realme 11 Pro+

Berkenaan sistem pengimejan, selain Realme menggunakan ciri Lonely Planet, kedua-dua telefon ini mempunyai perkakas kamera yang sama, dengan mempunyai kamera utama 200MP OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Tapi walaupun sama, Realme ada kelebihan kerana kamera utamanya boleh menzum lossless 4x, dan sudah tentu ada Loney Planet. Untuk video, kedua-duanya berupaya untuk merakam resolusi 4K pada 30 fps, dan slow motion 120FPS pada resolusi HD Penuh.

Redmi Note 12 Pro+

Selain itu, sistem speaker turut sama menggunakan speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos. Cuma Redmi Note 12 Pro+ ada jek audio untuk sambungan audio berwayar, tapi Realme tak ada. Pengecasan yang Redmi ada lebih pantas pada 120W, Realme pula pada 100W. Kapasiti bateri yang dilengkapi kedua-dua telefon ini juga sama iaitu 5,000mAh.

Secara ringkas, perbezaan antara Redmi Note 12 Pro+ dan Realme 11 Pro+ ini sangatlah minimum. Cumanya, harga Realme 11 Pro+ lebih mahal sebab ia tersedia dalam konfigurasi lebih besar iaitu RAM 12GB dan storan 512GB berharga RM1,999. Redmi Note 12 Pro+ pula berharga RM1,599, lebih murah tapi dengan konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB.

Jadi, kedua-dua telefon ini sama bagus dari segi prestasi dan ciri. Untuk bantu anda membuat pilihan, saya cadangkan anda untuk melihat skrin sama ada anda nak yang melengkung atau rata, ataupun nak RAM dan storan lebih besar. Tapi kalau nak ada filter Lonely Planet dan panel belakang kulit yang unik, memang Realme 11 Pro+ lah pilihan tepat.

Tags: RealmeRealme 11 Pro+Redmi Note 12 Pro+xiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme 11 Pro+ vs Redmi Note 12 Pro+, apa beza selain Lonely Planet?

Realme 11 Pro+ vs Redmi Note 12 Pro+, apa beza selain Lonely Planet?

30 October 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN