• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

X lancar dua pelan langganan baharu, ada pilihan bebas iklan sepenuhnya

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:00 pm
  • 30/10/2023
  • Komen
231030 X Pelan Premium+
Share on FacebookShare on Twitter

Platform media sosial X, dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memperkenalkan dua pelan langganan baharu, Premium+ yang ditawarkan pada RM70/bulan dan Basic pada RM13.13/bulan.

Merupakan pelan yang paling mahal buat masa ini, Premium+ yang boleh dilanggan pada RM70/bulan atau RM738/tahun. Menenerusi pelan ini, anda akan mendapat akses seperti:



  • Tiada iklan dalam ‘Untuk Anda’ atau ‘Pengikut’
  • Rangsangan algoritma yang lebih besar dalam balasan
  • Akses penuh kepada alatan pencipta
  • Tanda semak biru
  • Keupayaan untuk memuat turun video 
  • Siarkan video yang lebih panjang
  • Ciapan yang lebih panjang
231030 X Pelan Premium+
231030 X Pelan Premium+

Manakala pelan Basic, yang merupakan pelan paling asas ditawarkan X ini boleh dilanggan pada RM13.13/bulan atau RM140.57/tahun. Pelan Basic pula membolehkan akses seperti:

  • Suntingan ciapan
  • Ciapan yang lebih panjang
  • Muat turut video
  • Siarkan video yang lebih panjang

Pelanggan pelan Basic juga akan mendapat akses rangsangan algoritma dalam balasan, namun dalam skala lebih kecil berbanding Premium+ atau Premium.



Pelan Premium yang diperkenalkan pada awal tahun ini, kini boleh dilanggan pada harga lebih murah iaitu RM35/bulan berbanding RM50/bulan.

231030 X Pelan Premium+

Pun begitu, satu perkara yang perlu anda ambil maklum adalah langganan yang ditawarkan tadi hanyalah tersedia pada versi web dan bukannya pada peranti Android mahupun iOS.

introducing Premium+

– no ads in For You or Following
– largest boost for your replies (vs other Premium tiers or unverified users)
– access to our full suite of creator tools

now available on Web ✌️

subscribe here → https://t.co/Ywvyijo9CQ

— Premium (@premium) October 27, 2023

Tetapi kenapa ya tidak pelan tidak diperkenalkan untuk peranti mudah alih?

Berdasarkan spekulasi yang didengar, X tidak memperkenalkan pelan langganan pada platform mudah alih kerana untuk memintas bayaran tambahan yang dikaitkan dengan dengan aplikasi Google Play Store dan Apple Apps Store.

X juga baru-baru ini mengumumkan bahawa penggunanya boleh membuat panggilan video dan suara secara terus daripada aplikasi. Di samping itu, X turut melancarkan langganan ‘Bukan Bot’ kepada pasaran terpilih.

Tags: BasicPremium+Twitterxx premium
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
231030 X Pelan Premium+

X lancar dua pelan langganan baharu, ada pilihan bebas iklan sepenuhnya

30 October 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN