• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta mula menawarkan Facebook dan Instagram bebas iklan sepenuhnya

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:05 pm
  • 31/10/2023
  • Komen
Instagram dan FB Messenger tidak disulitkan sehingga 2023 untuk melindungi pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Facebook dan Instagram di Eropah kini mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada iklan sasaran. Tetapi itu hanya akan berlaku jika mereka membayar langganan bulanan.

Berdasarkan pengumuman Meta, pengguna di Eropah, termasuklah Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland, boleh melanggan pelan bulanan untuk mengakses platform Facebook dan Instagram tanpa iklan dengan harga EUR9.99/bulan di laman web atau EUR12.99/bulan di peranti iOS dan Android. 



Eh, kenapa pula harga di laman web lagi murah?

Sebenarnya tidak kira daripada platform mana langganan dilakukan, ia akan terpakai pada semua akaun Facebook dan Instagram yang dipautkan pada Pusat Akaun (Account Center) pengguna. Pun begitu, harga langganan menerusi peranti menjadi lebih mahal kerana mengambil kira yuran dikenakan oleh Apple dan Google melalui dasar pembelian masing-masing.



Harga yang dikenakan itu dikatakan akan kekal sehingga 1 Mac 2024 sahaja. Dan selepas tarikh tersebut, terdapat bayaran tambahan sebanyak EUR6 pada laman web dan EUR8 pada peranti mudah alih yang akan dicaj bagi setiap akaun tambahan yang disenaraikan pada Pusat Akaun.

Penawaran langganan tanpa iklan oleh Meta di Eropah ini adalah selari dengan perundangan Kesatuan Eropah yang bertujuan mengekang penggunaan iklan diperibadikan oleh syarikat teknologi Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tidak mahu membuat langganan, mereka mempunyai pilihan untuk kekal menggunakan Facebook dan Instagram seperti biasa. Ini termasuklah dengan paparan pengiklanan. 

Pada awal tahun ini juga, Meta turut memperkenalkan langganan Meta Verified untuk Facebook dan Instagram. Ia berfungsi bagi meningkatkan tahap bagi keselamatan kepada pengguna berkaitan penipuan identiti, sekali gus dapat membanteras penipuan atau scam atas talian.

Tapi rasa-rasanya kalau Meta tawarkan pilihan langganan tanpa iklan di Facebook dan Instagram dekat Malaysia ini, adakah anda akan melanggannya? Kongsikanlah pandangan anda di ruangan komen ya.

[Sumber:Meta]

Bacaan berkaitan:

  • Anda kini boleh wujudkan 4 profil peribadi dalam 1 akaun Facebook
  • Bayar RM42/bulan untuk Meta Verified supaya akaun Facebook sentiasa dipantau dari penyamar
  • Facebook dan Instagram aktifkan panggilan video dengan Avatar, tak perlu kalut bersolek lagi
Tags: eropahFacebookinstagrammeta
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Instagram dan FB Messenger tidak disulitkan sehingga 2023 untuk melindungi pengguna

Meta mula menawarkan Facebook dan Instagram bebas iklan sepenuhnya

31 October 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN