• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Kewangan

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

  • OLEH Penaja
  • 4:17 pm
  • 03/11/2023
  • Komen
Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Maybank]

Dunia internet masa kini menjadikan hampir semua perkara boleh dilakukan di hujung hari menerusi telefon pintar. Salah satunya sistem kewangan seperti perbankan.

Adakah anda juga selalu menggunakan perbankan atas talian? Cara ini memang memudahkan banyak perkara tetapi jangan lupa, ia juga mudah disalahguna kalau tak dikawal dengan selamat.

Sebelum ini, perbankan atas talian menggunakan SMS untuk pengesahan OTP. Tetapi cara ini telah banyak kali disalahguna oleh penjenayah siber. Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengetatkan peraturan untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia. SMS OTP telah ditamatkan penggunaannya dan diganti dengan pengesahan di aplikasi mudahalih. Untuk pengguna Maybank, ia adalah Secure2u di aplikasi MAE.

Secure2u oleh Maybank perlu diaktifkan sekarang kerana ia satu-satunya cara pengesahan untuk semua transaksi perbankan atas talian Maybank. Contohnya, membeli di Shopee menggunakan Maybank, menghantar wang menerusi DuitNow atau membayar bil internet di Maybank2u, semua ini memerlukan pengesahan menerusi Secure2u.

Satu lagi garis panduan yang diperkenalkan BNM adalah hanya 1 peranti boleh didaftar masuk untuk perbankan atas talian dan tempoh bertenang minima 12 jam untuk daftar masuk baru atau di peranti baru. Peraturan paling baru diumumkan adalah pengesahan daftar masuk menerusi mesin wang layan diri atau ATM.

Biar Lambat Asal Selamat

Ramai pada mulanya merasakan perkara ini agak membebankan kerana perlu mengambil langkah tambahan untuk mula menggunakan perbankan atas talian, tetapi cara ini jauh lebih selamat terutama jika berlakunya kecurian identiti.

Ini kerana walaupun scammer dapat mendaftar masuk ke perbankan atas talian, mereka tidak dapat terus mengeluarkan semua wang yang ada. Dalam tempoh 12 jam itu, pastinya pengguna menyedari berlakunya perkara yang tidak diingini dan boleh menghubungi pihak bank untuk menyekatnya. Jadi, wang pengguna masih selamat kerana tidak sempat dipindahkan disebabkan adanya tempoh bertenang minima 12 jam.

Pengesahan ATM lapisan keselamatan lebih ketat

Bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan perbankan atas talian, Maybank menjadi antara bank terawal mengambil inisiatif memperkenal lapisan tambahan, menerusi pengesahan daftar masuk di mesin ATM. Cara ini lebih selamat kerana hanya pemilik sebenar dengan kad ATM serta tahu nombor pin ATM, boleh membuat pengesahan. Bukan sesiapa yang ada akses ke telefon pintar pengguna. Ia adalah lapisan keselamatan tambahan untuk pengguna.

Pengguna Maybank sangat bertuah kerana mesin ATM Maybank ada di mana-mana. Maybank menjelaskan, terdapat lebih 2,900 mesin ATM di seluruh Malaysia meliputi pusat tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah, stesen minyak, kedai serbaneka dan banyak lagi. Malah, cawangan Maybank juga banyak dan mudah dikunjungi.

Cara aktifkan Secure2u untuk pengguna dengan kad ATM

Jika anda mahu aktifkan Secure2u di aplikasi MAE buat pertama kali atau di peranti yang baru, ada dua tahap pengesahan.

Tahap pertama adalah mengaktifkan Secure2u di aplikasi MAE. Sebagai langkah keselamatan daripada scammer, ada tempoh bertenang 12 jam untuk aktifkan Secure2u di aplikasi MAE buat pertama kali, atau di telefon baru.

Cara untuk mengaktifkan adalah, muat turun aplikasi MAE. Selepas daftar masuk, pergi ke Quick Actions > Secure2u > Register Secure2u Now. Nantikan pengesahan yang meminta pengaktifan di mesin ATM dalam masa 30-hari.

Tahap kedua adalah pengesahan di mesin ATM. Untuk ini, anda perlu pergi ke mesin ATM Maybank bersama kad ATM Maybank. Masukkan kad ATM dan pilih Secure2u Activation > Activate Secure2u. Seterusnya, ikut arahan di skrin ATM sehingga selesai.

Setelah selesai, ada tempoh bertenang minima 12 jam setiap kali aktifkan Secure2u di aplikasi MAE. Ia sebagai langkah keselamatan daripada scammer yang curi data dan kosongkan terus akaun.

Sebagai tips untuk melancarkan pengaktifan dan tidak menunggu lama adalah, buat pengaktifan pada waktu malam dan di hadapan mesin ATM Maybank. Contohnya pukul 8 malam, supaya pukul 8 pagi esok sudah boleh digunakan. Aktifkan Secure2u di aplikasi MAE kemudian terus sahkan di mesin ATM.

Cara aktifkan Secure2u untuk pengguna tanpa kad ATM yang mempunyai akaun MAE atau berada di luar negara

Jika anda pengguna Maybank yang memiliki akaun MAE tetapi tiada kad ATM, cara pengesahan di mesin ATM tidak berlaku untuk anda. Tahap pertama masih sama iaitu mengaktifkan Secure2u di aplikasi MAE. Tetapi untuk tahap kedua, anda perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank (MGCC) dalam masa 30 hari.

Ingat, sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga antaranya tidak berkongsi maklumat penting perbankan seperti kata laluan dan nombor PIN, tidak memuat turun aplikasi dari sumber yang tidak diketahui dan berhati-hati dengan pemanggil yang tidak dikenali.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maybank Secure2u.

Tags: MAEMaybankMaybank2upenajaSecure2u
Penaja

Penaja

POPULAR

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER