• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TGV kini di Pavilion Bukit Jalil, pawagam pertama IMAX laser di Malaysia dengan 12 saluran bunyi

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:29 pm
  • 08/11/2023
  • Komen
231107 TGV Pavi Bukit Jalil
Share on FacebookShare on Twitter

TGV Cinemas telah melancarkan cawangan terbaharunya di Pavilion Bukit Jalil. Malah cawangan TGV ini adalah yang pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Sistem Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran.

Dikelilingi persekitaran lokasi lebih inovatif, menarik dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman tontonan filem, TGV cawangan Bukit Jalil ini dilengkapi dengan 16 dewan dan 1,555 tempat duduk.



Dengan kerjasama Mattel South Asia, ia turut menyediakan pawagam bertemakan “City of Play” khas untuk kanak-kanak. Ia merupakan pawagam kanak-kanak yang terbesar dengan keluasan 2,041 kaki persegi. 

IMAX dengan sistem laser pertama

Pembukaan cawangan pawagam baharu itu adalah perkara biasa, betul tak? Tetapi yang membezakan dengan TGV cawangan Pavilion Bukit Jalil ini dengan yang lain adalah kerana ia menawarkan pengalaman menonton filem dengan IMAX bersama sistem laser dan teknologi bunyi 12 saluran.



Apa perbezaan antara IMAX dengan sistem laser dan teknologi bunyi 12 saluran berbanding IMAX lain? 

231107 TGV Pavi Bukit Jalil

Sememangnya kedua-dua pawagam IMAX menampilkan skrin yang lebih besar berbanding pawagam lain. Namun perbezaan ketara antara keduanya adalah IMAX dengan sistem laser 4K ini, anda akan dapat menonton filem bersama dimensi paparan dengan imej yang lebih terang dan hidup serta memberikan kontras warna yang lebih mendalam. 

Manakala teknologi bunyi 12 saluran pada IMAX ini pula memberikan bunyi realistik. Ini di mana audio yang terhasil lebih kuat, berkualiti tinggi dan kedalaman bunyi yang lebih baik. Kira padanlah dengan harga RM35 untuk satu tempat duduk.

Kedengaran macam menarik, kan? Oleh sebab saya biasa tengok wayang dalam pawagam biasa, jadi kalau dapat tengok filem yang dapat berikan rasa dan bunyi lebih nyata, mesti seronok. Kiranya macam tonton filem 3D tapi tak perlu nak pakai spek hitam. Bagi saya, berbaloilah kalau kena bayar mahal sekalipun. Bolehlah cuba tonton wayang di sana nanti.

Jika anda pun berminat untuk mencuba IMAX dengan sistem laser dan teknologi bunyi 12 saluran di Pavilion Bukit Jalil, buat masa ini hanya filem The Marvel sahaja yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web TGV atau muat turun aplikasi TGV menerusi Apple Apps Store atau Google Play Store.

Tags: IMAX Sistem Lasertgv
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231107 TGV Pavi Bukit Jalil

TGV kini di Pavilion Bukit Jalil, pawagam pertama IMAX laser di Malaysia dengan 12 saluran bunyi

8 November 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN