• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 15/11/2023
  • Komen
WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp sangat digemari rakyat Malaysia. Ia percuma untuk berborak, buat panggilan suara dan juga video. Malah, pengguna Android boleh membuat sandaran atau backup semua perbualan, gambar dan video secara percuma sepenuhnya ke Google Drive.

Tetapi perkhidmatan backup percuma ini akan berubah tidak lama lagi.



Google hari ini mengumumkan bahawa akan ada perubahan kepada WhatsApp Backup di Android. Backup ini akan dikenakan had penyimpanan, sama seperti yang terdapat pada platform selain Android. Bermakna, pengguna Whatsapp di Android hanya boleh membuat backup WhatsApp jika ada storan mencukupi di dalam Google Drive mereka.

Aplikasi WhatsApp dan Google Drive

Sekatan mulai Disember 2023

Perubahan kepada backup ini akan dikenakan kepada pengguna WhatsApp Beta dahulu mulai bulan Disember 2023. Ia akan dikemaskini kepada pengguna Android yang lain, pada awal tahun 2024.



Secara lalai, Google memberikan storan awan percuma sebanyak 15GB. Google menyatakan, ini 3x lebih banyak berbanding kebanyakan penyedia lain. Tetapi 15GB ini dikongsi bersama perkhidmatan lain iaitu Google Drive, Gmail dan Google Photos.

Storan awan Google dikongsi bersama Google Drive, Gmail dan Google Photos

Apabila dilaksanakan kelak, jika tiada ruang simpanan mencukupi, WhatsaApp masih boleh digunakan seperti biasa. Tetapi ia tidak akan memuat naik salinan Backup ke Google Drive, sehinggalah ada ruang dikosongkan seperti membuang fail, atau melanggan storan tambahan.

Bagaimanapun, sekatan bermula Disember ini hanya terpakai untuk pengguna biasa Google. Pelanggan Google Workspace masih boleh menyimpan WhatsApp Backup tanpa had, sehingga diberitahu Google kelak.

Bagaimana nak pastikan backup sentiasa berjalan?

Walaupun anda tidak menyimpan WhatsApp Backup di Google Drive, ia sebenarnya boleh sentiasa disimpan di dalam peranti. Jika tidak mahu ia dimuat naik ke Google Drive, anda boleh mematikan fungsi tersebut dengan pergi ke Settings > Chats > Chat backup dan tukar pilihan Backup to Google Drive kepada “Never”.

Tukar tetapan Whatsapp Backup ke Google Drive

Selain itu, anda juga boleh memadam ruang sembang, gambar atau video WhatsApp di dalam peranti, supaya saiz WhatsApp Backup menjadi lebih kecil. Dengan ini, ruang yang digunakan di Google Drive juga menjadi kecil.

Langgan Google One untuk storan tambahan

Cara lebih mudah tetapi berbayar adalah dengan melanggan lebih ruang storan Google Drive. Di Malaysia, Google menawarkan pelan Google One yang menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan bersama ruang storan awan.

Pelan Basic berharga RM8.49/bulan memberi 100GB storan awan, manakala pelan Standard RM11.99/bulan memiliki 200GB storan awan. Pelan Premium pula menyediakan 2TB storan awan, berharga RM42.99/bulan. Ia menjadi lebih murah kalau dilanggan secara tahunan. Hanya perlu bayar harga 10-bulan dan dapat 2-bulan lagi percuma.

Harga pelan bulanan Google One

Google juga ada menawarkan diskaun untuk pengguna pertama kali melanggan pelan Google One, dengan harga lebih murah untuk 3-bulan pertama. Semua pelan Google One juga boleh dikongsi bersama 5 pengguna lain, dengan berkongsi jumlah storan awan yang diberi.

Adakah menyimpan salinan WhatsApp penting untuk anda? Mungkin sekarang adalah masa untuk anda mula melanggan Google One supaya semua WhatsApp anda akan sentiasa disimpan di storan awan.

[Sumber: Google]

Bacaan Berkaitan

  • Semua peringkat langganan Google One kini boleh akses Google VPN, tapi bukan pelanggan di Malaysia
  • WhatsApp dah boleh guna 2 akaun dalam 1 telefon, ini caranya untuk tambah akaun kedua
  • WhatsApp akan lebih selamat dengan penyulitan salinan hujung-ke-hujung
Tags: Googlegoogle drivewhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember

WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember

15 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER