• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bintang baharu Vivo Y27s dijual mulai 25 November, cas 30% dalam 15 minit sahaja

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:30 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
231121-Vivo-Y27s
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia mengesahkan kemasukan Vivo Y27s, tambahan baru kepada siri Vivo Y dengan harga mampu milik RM799. Telefon pintar kelas pertengahan ini akan mula memasuki pasaran tempatan pada 25 November 2023.

Walaupun belum dijual, namun seperti biasa spesifikasi penuh untuk Vivo Y27s telah pun dipamerkan di laman web Vivo Malaysia. Jom kita tengok apa yang menarik pada telefon pintar baharu keluaran Vivo ini.



Spesifikasi Vivo Y27s

Didatangkan dalam dua pilihan warna Garden Green dan Burgundy Black, Vivo Y27s menggunakan skrin LCD 6.62 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan puncak sehingga 650 nits.

Untuk bahagian kamera, telefon keluaran Vivo ini dipasangkan kamera hadapan 8MP bersama dwi-kamera pada bahagian belakang, dengan kamera utamanya 50MP dan kamera keduanya 2MP.



Y27s dengan berat 192 gram ini dijana cipset Qualcomm Snapdragon 680 6 nm bersama 8GB + 256GB storan. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB. Ia juga mendapat penarafan IP54.

Telefon pintar ini juga dilengkapi pengimbas cap jari di sisi. Untuk kapasiti baterinya agak biasa iaitu 5,000mAh dan ia membolehkan pengecasan pantas 44W dengan port USB-C yang dikatakan dapat mengecas sehingga 30% dalam tempoh 15 minit sahaja.

Y27s turut menyokong dua sim nano 4G dan sambungan Wi-Fi serta Bluetooth 5.0, GPS dan OTG. Sistem operasi Funtouch OS 13 berasaskan Android 13 digunakan sebagai penggerak perisian utama telefon ini.

Bagi yang berminat untuk mendapat Vivo Y27s ini boleh membelinya melalui kedai konsep Vivo berdekatan, kedai dalam talian rasmi Vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok shop. Lagi menarik, untuk pembelian di Lazada, anda akan mendapat fon telinga secara percuma (sementara stok masih ada).

Untuk mendapatkan sebarang info terkini, anda boleh ikuti Facebook rasmi dan laman web Vivo. 

Bacaan berkaitan:

  • Siri Vivo X100 dilancar, telefon pertama diperkasa cip Dimensity 9300 dan ada kamera telefoto Zeiss APO
  • Vivo V29 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Skrin OLED melengkung serta kamera 64MP OIS tak sampai RM1,500? Hanya dengan vivo Y78 5G
Tags: vivoVivo Y27s
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
231121-Vivo-Y27s

Bintang baharu Vivo Y27s dijual mulai 25 November, cas 30% dalam 15 minit sahaja

21 November 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN