• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boeing 737-8 pertama MAS tiba di Malaysia, siap ada WiFi berkelajuan tinggi

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:45 pm
  • 23/11/2023
  • Komen
231123 MAS 737-8
Share on FacebookShare on Twitter

Pesawat pertama Boeing 737-8 milik Malaysia Airlines telah dilancarkan secara rasmi, dengan nombor pendaftaran 9M-MVA. 

Dahulunya dikenali sebagai 737 Max 8, pesawat berbadan sempit itu adalah salah satu daripada 25 pesawat 737-800 yang akan diterima oleh syarikat penerbangan tersebut untuk tempoh beberapa tahun akan datang sebagai sebahagian proses permodenan armadanya. Tiga lagi pesawat 737-8 djangka akan menyertai 9M-MVA menjelang akhir 2023.



MAS juga sedang menunggu untuk menerima lebih banyak pesawat berbadan lebar, dengan Airbus A330neo pertama dijangka tiba di Malaysia padasuku ketiga (Q3) tahun depan.

231123 MAS 737-8
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook (lima dari kiri) bersama VIP dari Malaysian Aviation Group (MAG) di hadapan Boeing 737-8

Pelancaran pesawat 737-8 telah diadakan di Hanger 5, MAB Engineering dengan kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, YM Raja Azmi Raja Nazuddin, Pengerusi Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail.



Bahagian dalam Boeing 737-8

Tempat duduk Kelas Perniagaan
231123 MAS 737-8
Tempat duduk Kelas Ekonomi

Dihiasi dengan bendera Malaysia dan logo wau motif songket, 737-8 menampilkan rekaan bahagian dalaman lebih baharu, sama seperti pesawat 737-800 NG yang diperbaharui pada tahun lepas.

Kabin Kelas Perniagaan
231123 MAS 737-8
Kabin Kelas Ekonomi

Untuk bahagian kabin 373-8, MAS masih mengekalkan konfigurasi susun atur kerusi semasa iaitu 12 kerusi Kelas Perniagaan dan 162 kerusi Kelas Ekonomi.

Tiada sebarang sistem hiburan dalam penerbangan (IFE) terbina yang disediakan. Sebaliknya, penumpang boleh bersambung ke WiFi dalam penerbangan untuk menggunakan hiburan tanpa wayar dengan peranti sendiri. Buat pertama kalinya, MAS menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi dengan pengenalan pesawat 737-8.

Pemegang tablet/telefon pintar Kelas Perniagaan
231123 MAS 737-8
Pemegang tablet/telefon pintar Kelas Ekonomi

Penerbangan pertama Boeing 737-8 adalah MH2640, yang merupakan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada 20 November 2023 lepas.

Di bawah adalah video penerbangan pertama 737-8 untuk Malaysia Airlines:

Bacaan berkaitan:

  • MAS benar bawa makanan sendiri dalam pesawat dek isu dengan Brahim’s Food Services
  • Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines
  • Malaysia Airlines mahu benarkan pramugari pakai tudung dan seragam selain kebaya?
Tags: Boeing 737-8Malaysia AirlinesMAS
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231123 MAS 737-8

Boeing 737-8 pertama MAS tiba di Malaysia, siap ada WiFi berkelajuan tinggi

23 November 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN