• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri OPPO Reno 11 diumum dengan kamera Sony LYT-600 50MP dan ColorOS 14

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:21 pm
  • 24/11/2023
  • Komen
231124 OPPO Reno 11 China
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo secara rasminya telah melancarkan siri flagship terbaharunya, OPPO Reno 11 untuk pasaran China. Ia merangkumi OPPO Reno 11 dan Reno 11 Pro yang dilengkapi tiga kamera belakang 50MP dan sistem operasi ColorOs 14 berasaskan Android 14.

Tampil dengan rekaan diilhamkan oleh batu permata bersama skrin paparan OLED melengkung OPPO Reno 11 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200 SoC, manakala model Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 SoC.



231124 OPPO Reno 11 China

Spesifikasi OPPO Reno 11

Reno 11 dikuasakan cipset MediaTek’s Dimensity 8200 dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 3.1. Ia menampilkan skrin melengkung OLED 6.7 inci, resolusi 2412 x 1080p, dengan kecerahan puncak 950 nits dan kadar penyegaran 120Hz.

231124 OPPO Reno 11
231124 OPPO Reno 11 Pro

Resolusi kamera utama belakang Reno 11 adalah 50MP Sony LYT-600 serta menyokong OIS. Kamera hadapan 32MP Sony IMX709. 



231124 OPPO Reno 11

Ia juga dilengkapi kamera ultralebar 8MP Sony IMX355 bersama kamera telefoto 32MP Sony IMX709, yang menyokong 2x zum.

231124 OPPO Reno 11
231124 OPPO Reno 11

Bateri Reno 11 adalah 4,800mAH lebih kecil berbanding Reno 10 dengan 5,000mAH dan menyokong pengecasan pantas 67W sahaja. Ciri lain yang ditawarkan adalah 5G, 4G LTE, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, GPS/A-GPS, NFC, OTG dan port USB-C. 

Tersedia dalam pilihan perak, hijau dan hitam, Reno 11 turut mempunyai sensor cap jari bawah paparan dan menyokong ciri pengenalan muka.

Spesifikasi OPPO Reno 11 Pro

Reno 11 Pro menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen1, turut dilengkapi dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 3.1. 

231124 OPPO Reno 11 Pro
231124 OPPO Reno 11 Pro

Ia mempunyai skrin melengkung OLED 6.74 inci dengan resolusi 2772 × 1240p, kecerahan puncak 1600 nits dan kadar penyegaran 120Hz.

231124 OPPO Reno 11 Pro

Reno 11 Pro mempunyai kamera utama belakang 50MP Sony IMX890 dan menyokong OIS. Untuk kamera hadapannya pula 32MP Sony IMX709. Selain itu ia juga ada kamera ultralebar 8MP Sony IMX355 dan kamera telefoto 32MP Sony IMX709 dengan kemampuan 2x zum. 

231124 OPPO Reno 11 Pro

Kapasiti bateri dalam Reno 11 Pro besar sedikit berbanding Reno 10 Pro tetapi kecil berbanding Reno 11, iaitu 4,700mAH tetapi ia menyokong pengecasan pantas 80W. 

Seperti Reno 11, varian Pro ini turut menampil ciri 5G, 4G LTE, Wi-Fi 6, GPS/A-GPS, NFC, OTG, port USB-C dengan sensor cap jari bawah paparan dan menyokong ciri pengenalan muka. Namun Reno 11 Pro hanya menyokong sambungan Bluetooth 5.3 sahaja.

Harga OPPO Reno 11 dan 11 Pro

Terdapat lima model berbeza mengikut kapasiti memori yang ditawarkan bagi OPPO pasaran China, anda boleh menyemak senarai di bawah sebagai rujukan:

231124 OPPO Reno 11 China
  • Reno 11 (8GB + 256GB) – CNY 2499 (RM1649)
  • Reno 11 (12GB + 256GB) – CNY 2799 (RM1847)
  • Reno 11 (12GB + 512GB) – CNY 2999 (RM1979)
  • Reno 11 Pro (12GB + 256GB) – CNY 3499 (RM2309)
  • Reno 11 Pro (12GB + 512GB) – CNY 3799 (RM2507)

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan bila siri Reno 11 ini akan masuk ke pasaran Malaysia. Namun kemungkinan besar, awal tahun depan. Sama-samalah kita menunggu berita rasmi daripada OPPO Malaysia.

[Sumber: OPPO, GizmoChina]

Bacaan berkaitan:

  • Oppo A79 5G dengan rekaan berbulu kini rasmi di Malaysia, ada peluang dapatkannya percuma
  • Oppo A18, telefon bajet dengan bateri gergasi 5,000mAh
  • Oppo Pad 2 Malaysia: Skrin 144Hz dengan kuadspeaker Dolby Atmos pada RM2,599
Tags: OPPO Reno 11OPPO Reno 11 Pro
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
231124 OPPO Reno 11 China

Siri OPPO Reno 11 diumum dengan kamera Sony LYT-600 50MP dan ColorOS 14

24 November 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN