• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Berbaloi ke beli Realme 11 Pro berbanding Realme 11 5G? Ini jawapannya

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:22 pm
  • 25/11/2023
  • Komen
Berbaloi ke beli Realme 11 Pro berbanding Realme 11 5G? Ini jawapannya
Share on FacebookShare on Twitter

Realme tahun ini ada lancarkan beberapa telefon terbaru, terutamanya dalam siri Realme 11. Ia merangkumi model Pro dan model bukan Pro, iaitu Realme 11 Pro dan Realme 11. Perbezaan harga dua model ini taklah terlalu banyak, dalam RM300 sahaja. Ada yang tanya di YouTube antara dua ini mana lebih berbaloi untuk didapatkan? Untuk menjelaskan awal-awal, baik beli sahaja Realme 11 Pro je. Nak tahu kenapa? Ini sebabnya.

Kenapa model Realme 11 Pro lebih berbaloi

Realme 11 Pro
Realme 11 5G

Realme 11 Pro sudah tentu adalah model yang lebih mahal, berharga RM1,499 untuk RAM 8GB dan storan 256GB, manakala Realme 11 berharga RM1,199 untuk RAM dan storan yang sama. Tapi pada harga lebih mahal Realme 11 Pro memiliki skrin melengkung dengan panel belakang menggunakan kemasan kulit tiruan, berikan rupa unik dan premium. Realme 11 pula ada rekaan tipikal telefon Android dengan skrin rata dan panel belakang kaca.



Realme 11 5G

Pada bahagian depan, kedua-dua telefon ini ada saiz skrin yang sama, berukuran 6.7 inci dengan resolusi HD Penuh, Tapi Pro menggunakan panel AMOLED, lebih baik dari panel LCD yang terdapat di Realme 11. Jadi disebabkan itu juga, model Pro memiliki pengimbas cap jari di dalam skrin, manakala Realme 11, ada dekat butang kuasa.

Realme 11 Pro

Untuk menangkap gambar, kedua-dua telefon mempunyai keupayaan mengezum secara lossless. Namun, Realme 11 ada keupayaan lebih baik dengan mampu mengezum lossless sehingga 3x menggunakan kamera utama 108MPnya. Realme 11 Pro pula hanya berupaya untu zum 2x dari kamera utama 100MP yang dimiliki. 



Selain itu, kedua-duanya turut memiliki kamera sekunder yang sama, iaitu kamera potret 2MP. Model Pro juga ada keupayaan selfie lagi bagus kerana kamera hadapannya menggunakan sensor 32MP, lagi besar dari 16MP di Realme 11.

Dalam pada itu, dari segi prestasi, model Pro turut lebih berkuasa dengan diperkasa cip Dimensity 7050 yang berkelajuan 2.6GHz, berbanding Realme 11 yang menggunakan Dimensity 6100+ pada kelajuan 2.2GHz. Kedua-duanya menyokong 5G.

Jadi, dengan tambahan RM300, adalah lebih berbaloi untuk anda dapatkan model Realme 11 Pro kerana ia ada skrin AMOLED melengkung dengan rekaan kulit tiruan unik, serta ada prestasi lebih bagus. Melainkan anda tidak suka skrin melengkung dan mahukan rekaan biasa yang tak mencolok mata, boleh dapatkan Realme 11. Lagipun lebih jimat RM300.

Anda boleh dapatkan Realme 11 Pro di Lazada dan Shopee, dan Realme 11 5G juga di Lazada dan Shopee.

Bacaan berkaitan

  • Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile
  • Realme 11 5G, calon telefon 5G Rahmah dengan kamera 108MP dan pengecas 67W sebagai tarikan
  • Realme 11 Pro 5G: Prestasi tinggi Dimensity 7050 dengan kamera 100MP ProLight
  • Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000
Tags: Realmerealme 11Realme 11 5GRealme 11 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Berbaloi ke beli Realme 11 Pro berbanding Realme 11 5G? Ini jawapannya

Berbaloi ke beli Realme 11 Pro berbanding Realme 11 5G? Ini jawapannya

25 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER