• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rakyat Malaysia boleh ke China tanpa visa selama 15 hari mulai Disember 2023

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:17 pm
  • 27/11/2023
  • Komen
Jabatan Imigresen Malaysia Tutup Operasi Autogate Di Semua Pintu Masuk Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui dasar pengecualian visa yang diumumkan China, rakyat Malaysia akan dapat menikmati 15 hari perjalanan tanpa visa ke China bermula 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.

Pelaksanaan polisi tersebut adalah bagi menggalakkan lagi pertukaran sesama rakyat antara China dan Malaysia.



Polisi pengecualian visa hanya terpakai untuk pemegang pasport biasa Malaysia yang pergi ke China untuk perniagaan, pelancongan, melawat saudara-mara dan transit selama tidak lebih daripada 15 hari.

Manakala untuk mereka yang tidak memenuhi syarat dan had masa seperti yang disebutkan di atas untuk pengecualian visa, masih perlu mendapatkan visa sebelum memasuki China.



Selain Malaysia, pengecualian kemasukan tanpa visa ke China untuk turut diumumkan untuk warganegara dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China melalui saluran telefon 603-21760888 (hari kerja 09:00am-04:00pm) atau e-mel ke [email protected].

China & India dikecualikan visa 30-hari ke Malaysia

Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia turut memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke negara ini mulai 1 Disember 2023 adalah sebagai perkongsian strategik hubungan dua hala.

Pelaksanaan kemasukan tanpa visa yang merupakan tambahan kepada pengecualian visa sedia ada yang dinikmati rakyat dari negara Asia Barat seperti Turki dan Jordan.

Namun tegas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, “Pengecualian visa itu adalah tertakluk kepada tapisan keselamatan bagi semua pelancong dari negara berkenaan yang berhasrat memasuki Malaysia.

“Soal keselamatan itu berasingan. Kalau ada rekod jenayah ataupun risiko keganasan maka mereka tidak akan dibenarkan,” jelas beliau lagi.

Anwar juga menyatakan langkah-langkah segera untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam dan lapangan terbang di seluruh negara akan dilakukan kerajaan dalam usaha membawa lebih ramai pelancong luar ke Malaysia.

[Sumber: MalayMail, Kedutaan China, FMT]

Tags: Imigresen MalaysiaPasport MalaysiaPengecualian VisaPengecualian visa ChinaVisa China
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Jabatan Imigresen Malaysia Tutup Operasi Autogate Di Semua Pintu Masuk Negara

Rakyat Malaysia boleh ke China tanpa visa selama 15 hari mulai Disember 2023

27 November 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN